Tuesday, January 28, 2014

UNTUK DISEWA No.4 (Bawah) dan 1 (Atas) Perkedaian Sri Langkap,Setiu (tutup : 16 Feb 2014)

PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN SRI LANGKAP, SETIU



Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No.4 (Bawah) dan 1 (Atas) Perkedaian Sri Langkap,  Setiu.

Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
Wisma MDS,
22100 Permaisuri, Setiu,
TERENGGANU.

Kadar Sewa bagi No.4 (Bawah) RM 290.00 sebulan dan No.1 (Atas) RM 240.00 sebulan.  Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

Tarikh tutup permohonan pada  16 Februari 2014 (Ahad).


Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...