Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2015/1436 HIJRAH DI KAWASAN DAERAH SETIU DIBUKA SEKARANG

BORANG PERMOHONAN BOLEH MUAT TURUN (DOWNLOAD) SECARA PERCUMA- SILA KLIK DISINI(format PDF )
atau dapatkan di Kaunter Pelesenan Majlis Daerah Setiu

Lokasi Tapak Bazar Ramadhan yang Disediakan Majlis Daerah Setiu adalah di :
Bandar Permaisuri (Sg. Tarom)Kg.PenarikPekan Sri Langkap (Sg. Tong)Pekan Chalok KedaiKg. BintangKg. Guntung LuarKadar Harga :
i)  Bandar Permaisuri RM180.00 untuk 1 lot
ii) Lain-lain lokasi RM 135.00 untuk 1 lot

SILA HANTAR BORANG PERMOHONAN INI KEPADA BAHAGIAN PELESENAN MDS SEBELUM /PADA TARIKH TUTUP: 21 MEI 2015

Syarat-syarat :

1.Borang ini hendaklah diisi dengan terang dan berhuruf besar dengan kosongkan mana-mana yang tidak berkenaan.

2. Kembalikan borang ini kepada Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Setiu beserta satu salinan dokumen-dokumen berikut :-

a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pembantu
b. Surat perakuan pemeriksaan kesihatan yang masih sah (Sijil Suntikan) termasuk Pembantu.
c. Salinan Sijil Latihan Pengendali Makanan
d. Gambar berukuran Kad Pengenalan bagi pemoh…

MDS Tawar Hadiah RM10,000 Kepada Pembayar Cukai Pintu Tahun Ini

Majlis Daerah Setiu (MDS) menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 dengan menyediakan 21 hadiah cabutan bertuah kepada pembayar cukai pintu yang menjelaskan bayaran bagi tahun 2015. Yang Dipertua MDS, Rosdi Awang berkata, inisiatif mengadakan cabutan bertuah ini bertujuan mencari pendekatan terbaharu dalam usaha MDS meningkatkan kutipan bayaran cukai berkenaan sekali gus menggalakkan orang ramai menjelaskan bayaran cukai semasa dan juga tunggakan. Katanya, pembayar cukai yang menjelaskan cukai dan tunggakan berpeluang memenangi cabutan ini dengan mengisi borang yang disediakan dan pemenang akan diumumkan pada awal 2016. “Antara barangan yang ditawarkan untuk cabutan bertuah ini adalah sebuah motosikal ( tempat pertama), televisyen plasma, peti ais, mesin basuh serta barangan elektrik lain yang dianggarkan keseluruhanya berjumlah RM10,000,” katanya. Rosdi berkata, MDS juga akan mengadakan kaunter kutipan di luar kawasan majlis termasuk membuat hebahan melalui laman web dan Facebook MDS, h…