Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

PENGAMBILAN DIBUKA SEPANJANG MASA UNTUK MENYERTAI ANGGOTA SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)

SUKARELAWAN PERTAHANAN AWAM Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijilDiberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan AwamMempelajari ilmu Pertahanan AwamOBJEKTIF Objektif Sukarelawan Pertahanan Awam pada dasarnya ialah :-Tugas Pertahanan Awam ialah melatih orang awam dalam menghadapi bencana/operasi samada sebelum, semasa atau selepas peperangan/aman.Melakukan tugas-tugas menyelamat semasa bencana/operasi menyelamatMembantu tugas-tugas Pertahanan Awam yang diwujudkan pada 20 Mei 1995 yang pada ketika itu tenaga kakitangan tetap adalah kurang.KEANGGOTAAN Syarat-syarat menjadi anggota Sukarelawan Pertahanan AwamWarganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.Tidak menyertai badan beruniform yang lain.Berminat me…

MAJLIS DAERAH SETIU MEMPERKENALKAN SERVIS SMS

SERVIS PESANAN RINGKAS MAJLIS DAERAH SETIU

Membolehkan pelanggan menerima SMS tentang pengumuman dan maklumat terkini dari Majlis Daerah Setiu secara PERCUMA

seperti :
Aktiviti, Iklan, Jawatan Kosong, Iklan Tawaran Sebutharga, Tender dan Hebahan Umum

Cara Melanggan : Taipkan MDS< jarak >REG dan hatarkan ke nombor 0139902126


tiada caj dikenakan untuk setiap sms yang diterima, caj untuk menghantar sms tertakluk kepada pengendali perhidmatan mudah alih (teleco) masing-masing.


** Untuk berhenti melanggan : Taipkan MDS< jarak >UNREG dan hatarkan ke nombor 0139902126



IKLAN TAWARAN SEWA MEDAN SELERA PERKEDAIAN BULUH PERINDU (MDS), BANDAR PERMAISURI, SETIU (tarikh tutup 8 Mac 2012)

PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
MEDAN SELERA PERKEDAIAN BULUH PERINDU (MDS), BANDAR PERMAISURI, SETIU

Tawaran ini adalah dipelawa kepada orang ramai untuk menyewa :
No.4, Medan Selera Buluh Perindu (Kadar Sewa : RM 380.00)


Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Majlis Daerah Setiu, (Jabatan Perbendaharaan) dengan bayaran RM2.00

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada :

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Setiu

Wisma MDS

22100 Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Tarikh tutup permohonan : 8 Mac 2012

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Setiu 1433H

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Setiu
akan diadakan Pada 16 Februari 2012 (Khamis)

Majlis akan dimulakan dengan perarakan berjalan kaki dari Mini Stadium Sungai Tarom ke Perhentian Bas Bandar Permaisuri.

Seawal jam 7.00 pagi semua akan berkumpul di Mini Stadium Sungai Tarom, dan diberi taklimat seterusnya berjalan kaki berarak ke Perhentian Bas Bandar Permaisuri.

Di Stesen Bas Bandar Permaisuri akan berlangsung Ceramah Sempena maulidur Rasul, Nasyid/Berzanji & Penyampaian Hadiah.

Semua Muslimin Dan Muslimat Dijemput Hadir