Tuesday, October 16, 2012

IKLAN TAWARAN SEWA PERKEDAIAN MDS (K), BANDAR PERMAISURI, SETIU



PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN MDS (K), BANDAR PERMAISURI, SETIU.

Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No. 4,5,7 dan 8 Perkedaian MDS(K), Bandar Permaisuri, Setiu.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ).  Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 420.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Dua Puluh Sahaja ) Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

4.               Tarikh tutup permohonan pada  30 Oktober 2012

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Yang Dipertua

IKLAN TAWARAN SEWA PERKEDAIAN 2 TINGKAT SRI LANGKAP, SETIU



PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN 2 TINGKAT SRI LANGKAP, SETIU.

Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No. 1 Bawah, Perkedaian Sri Langkap, Setiu.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ).  Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 320.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Dua Puluh Sahaja ) Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

4.               Tarikh tutup permohonan pada  30 Oktober 2012

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Yang Dipertua
Majlis Daerah Setiu

Monday, October 15, 2012

IKLAN TENDER: 2 UNIT KEDAI 3 TINGKAT & LONGKANG


KENYATAAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bertaraf bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga  Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (SPKK/CIDB) dalam kelas dan jenis pendaftaran berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi tender kerja berikut :




NO. TENDER


TAJUK PROJEK
KELAS,
KEPALA &
SUB-
KEPALA
TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT
TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL
HARGA DOKUMEN
DAN
BAYARAN
ATAS NAMA
TARIKH, TEMPAT DAN MASA TENDER DITUTUP

MDS 1/2012/001

CADANGAN  MEMBINA DAN MENYIAPKAN  DUA(2) UNIT PERKEDAIAN TIGA(3) TINGKAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANDAR PERMAISURI SETIU, TERENGGANU.


SPKK
CIDB GRED G3
CE 21








Tarikh :               22 Oktober 2012

Jam : 10.00 Pagi

Tempat :      
Bilik Q, Aras II Wisma MDS, , 22100 Bandar Permaisuri,  Setiu, Terengganu


Kehadiran taklimat adalah diwajibkan







Tarikh :
23 Oktober 2012
Hingga:       
15 November 2012

Tempat :
Jabatan Kejuruteraan, Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri, Setiu,Terengganu.










RM 150.00
Dengan membuat bayaran secara tunai









Tarikh :
22November 2012
Hari : Khamis

Jam : 12.00 Tengahari.


Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima

MDS 1/2012/002

CADANGAN MEMBINA SISTEM LONGKANG SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI PERKAMPUNGAN BERIS TOK KU, SETIU, TERENGGANU



SPKK
CIDB GRED G4
CE 34


Naskah  Meja Tender akan dipamerkan bermula 15 Oktober 2012 hingga 21 November 2012 pada waktu pejabat dan  boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA(SPKK/CIDB) dan SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA beserta satu salinan semasa pembelian dokumen tender.

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis di sudut atas kiri no. tender seperti di atas dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU,
JABATAN KEJURUTERAAN,
WISMA MDS,
22100 BANDAR PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU

Wednesday, October 10, 2012

SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH SETIU



MAJLIS DAERAH SETIU
22100  BANDAR  PERMAISURI, SETIU
TERENGGANU DARUL IMAN.

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Kontraktor-kontraktor yang beralamat di Daerah Setiu yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kepala 220401 (mencuci dan membersih) dan yang masih lagi dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga ini :-

SEBUTHARGA NO  :    MDS 2/2012/040

SEBUTHARGA :   KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH  SETIU, BANDAR PERMAISURI, SETIU, TERENGGANU.

2.            Borang sebutharga boleh diperolehi dari Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Setiu  semasa  waktu pejabat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga ini hendaklah  membawa surat pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dimana pemiliknya sahaja dibenarkan mengambil Borang Tawaran tersebut ( mana-mana wakil tidak dibenarkan untuk mengambil Borang Tawaran ). Borang tawaran TIDAK akan dikeluarkan pada hari tawaran ditutup. Bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini, adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 14 OKTOBER 2012 jam 10.00 pagi di Bilik Q, Wisma Majlis Daerah Setiu.

3.            Dokumen sebutharga akan dikeluarkan dari tarikh 14 OKTOBER 2012 hingga 21 OKTOBER 2012 pada waktu-waktu berikut :-
                               
 Ahad hingga Rabu  :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                    2.15 petang hingga 4.15 petang

 Khamis                 :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                  2.15 petang hingga 3.00 petang
                                                               
4.            Borang sebutharga yang telah diisi dan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kejuruteraan, Pejabat  Majlis Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu Terengganu Darul Iman tidak lewat  pada :-
               
                Tarikh :   22hb. OKTOBER 2012    Hari :  Isnin        Jam :  12.00 TENGAHARI
               
5.            Sampul sebutharga ini hendaklah dicatat tajuk sebutharga dan nombor fail berkenaan di  sebelah kiri: SEBUTHARGA NO : MDS 2/2012/040 dan dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU
22100 BANDAR PERMAISURI
TERENGGANU DARUL IMAN.

( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua
Majlis Daerah Setiu



Wednesday, October 3, 2012

IKLAN SEBUTHARGA Kelas ‘F’ (LANDSKAP) tutup:18 OKTOBER 2012


1.         kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas ‘F’ di bawah Kepala ‘I’ Sub Kepala ‘I’ dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Kategori CE 21 dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

“  CADANGAN PEMBINAAN LANDSKAP DAN MERCU TANDA PERSEPADANAN DAERAH SETIU, TERENGGANU.”
(NO. SEBUTHARGA : MDS. 2/2012/039 )

2.         Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan pada 02.10.2012 hingga 17.10.2012.  Segala butir-butir dan dokumen boleh disemak semasa waktu pejabat di Jabatan Kejuruteraan  Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.

3.         Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah sahaja.  Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Surat pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Penyebutharga adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 09.10.2012 (Selasa) jam 10.00 pagi. Tempat berkumpul untuk taklimat ialah di Bilik Q, Aras II, Wisma Majlis Daerah Setiu.

4.         Dokumen sebutharga akan di jual dari tarikh 10.10.2012 hingga 17.10.2012 pada waktu pejabat dan ianya tidak akan dijual selepas tempoh itu. 

   5.      Kontraktor yang ingin memasuki tawaran adalah dikehendaki mengeluarkan wang tunai/ wang kiriman pos/bank draf/wang pos berharga RM 15.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Belas Sahaja ) yang dibuat atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SETIU sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.

  6.       Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bermetri, bertulis No. Sebutharga, berjudul seperti yang ditetapkan di atas dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN di Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Setiu pada atau sebelum 18.10.2012 (Khamis) jam 12.00 tengahari.  Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.

  7.       Kerajaan/Majlis Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau       mana-mana tawaran.



( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu.

- muat turun format jpeg untuk print klik di sini

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...