Monday, December 31, 2012

AWAS: SENDIKIT PENIPUAN INTERNET LOKAL/ANTARABANGSA

SETIUKU INGIN BERKONGSI INFO TENTANG SENDIKET PENIPUAN INTERNET BAGI MEREKA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DI INTERNET:

Anda mestilah berhati-hati dengan individu ini yang menghantar pesanan melalui email mengatakan telah membuat transaksi / meminta maklumat akaun bank, nombor telefon, alamat dsb.

di bawah contoh email yang diterima oleh member admin yang dipostkan dalam group fb :


HARUS BACA..MAAF YE ADMIN SKDR PERINGATAN
PERHATIAN!! KEPADA PENIAGA-PENIAGA ONLINE ANDA MUNGKIN DIINTIP SINDIKET PENIPUAN INTERNET ANTARABANGSA.
Perkara ini berlaku pada saya dimana saya ada menjual barangan di mudah.my. Saya ada menerima beberapa emel yang bertanyakan tentang barangan saya iklankan, antara emel saya terima :

1.Dlm beberapa bulan lepas dr User A- “Thanks for the mail but am presently in UK am buying the item for my cousin who is presently in Working with the British Tobacco Company in west Africa i hope you can get back to me with the total cost of the shipment via Registered Post i will be paying you via bank to bank transfer.Thanks”

2. dan semalam sy dpt pulak dari User B “OK, I'm Presently in Iraq But i want to Buy it for my kid whose study Abroad(Nigeria), i will pay for the shipping charges,You will ship the item via Speed post Ems post or Fedex post or DHL post and how much is total price including shipment fees. I will need your Bank information for the payment at my bank.I wait your reply”

Dan User C “Thanks for the mail but am presently in UK am buying the item for my cousin who is presently in Working with the British Tobacco Company in west Africa i hope you can get back to me with the total cost of the shipment via Registered Post i will be paying you via bank to bank transfer.Thanks”

SAYA MULA RAGU-RAGU APABILA MELIHAT EMEL YANG SAMA DRP USER A DAN USER C, MULA TERFIKIR USER2 INI MUNGKIN CUBA MENIPU DIMANA MEREKA MEMINTA MAKLUMAT AKAUN BANK UNTUK TUJUAN NAK TRANSFER DUIT PEMBAYARAN..

Jadi berhati-hatilah,jgn sesekali berurusan dengan pengguna2 antarabangsa dan jangan sesekali memberik maklumat peribadi @ bank.

Gambar : contoh maklumat peribadi anda yang harus diawasi

Rujuk pada gambar, salah cara mereka ialah dengan klik pada contak advertiser (dalam bulatan) membolehkan menghantar email kepada anda.

last... tips saya sila guna email, phone, akaun fb khusus untuk iklankan barangan/perniagaan internet dan jangan beri maklumat peribadi anda 



Tuesday, October 16, 2012

IKLAN TAWARAN SEWA PERKEDAIAN MDS (K), BANDAR PERMAISURI, SETIU



PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN MDS (K), BANDAR PERMAISURI, SETIU.

Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No. 4,5,7 dan 8 Perkedaian MDS(K), Bandar Permaisuri, Setiu.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ).  Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 420.00 (Ringgit Malaysia : Empat Ratus Dua Puluh Sahaja ) Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

4.               Tarikh tutup permohonan pada  30 Oktober 2012

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Yang Dipertua

IKLAN TAWARAN SEWA PERKEDAIAN 2 TINGKAT SRI LANGKAP, SETIU



PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN 2 TINGKAT SRI LANGKAP, SETIU.

Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No. 1 Bawah, Perkedaian Sri Langkap, Setiu.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ).  Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 320.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Dua Puluh Sahaja ) Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

4.               Tarikh tutup permohonan pada  30 Oktober 2012

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Yang Dipertua
Majlis Daerah Setiu

Monday, October 15, 2012

IKLAN TENDER: 2 UNIT KEDAI 3 TINGKAT & LONGKANG


KENYATAAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bertaraf bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga  Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (SPKK/CIDB) dalam kelas dan jenis pendaftaran berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran bagi tender kerja berikut :




NO. TENDER


TAJUK PROJEK
KELAS,
KEPALA &
SUB-
KEPALA
TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT
TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL
HARGA DOKUMEN
DAN
BAYARAN
ATAS NAMA
TARIKH, TEMPAT DAN MASA TENDER DITUTUP

MDS 1/2012/001

CADANGAN  MEMBINA DAN MENYIAPKAN  DUA(2) UNIT PERKEDAIAN TIGA(3) TINGKAT SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI BANDAR PERMAISURI SETIU, TERENGGANU.


SPKK
CIDB GRED G3
CE 21








Tarikh :               22 Oktober 2012

Jam : 10.00 Pagi

Tempat :      
Bilik Q, Aras II Wisma MDS, , 22100 Bandar Permaisuri,  Setiu, Terengganu


Kehadiran taklimat adalah diwajibkan







Tarikh :
23 Oktober 2012
Hingga:       
15 November 2012

Tempat :
Jabatan Kejuruteraan, Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri, Setiu,Terengganu.










RM 150.00
Dengan membuat bayaran secara tunai









Tarikh :
22November 2012
Hari : Khamis

Jam : 12.00 Tengahari.


Tender yang lewat dihantar tidak akan diterima

MDS 1/2012/002

CADANGAN MEMBINA SISTEM LONGKANG SERTA KERJA-KERJA YANG BERKAITAN DI PERKAMPUNGAN BERIS TOK KU, SETIU, TERENGGANU



SPKK
CIDB GRED G4
CE 34


Naskah  Meja Tender akan dipamerkan bermula 15 Oktober 2012 hingga 21 November 2012 pada waktu pejabat dan  boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA(SPKK/CIDB) dan SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA beserta satu salinan semasa pembelian dokumen tender.

Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis di sudut atas kiri no. tender seperti di atas dan dimasukkan ke dalam peti tender di alamat :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU,
JABATAN KEJURUTERAAN,
WISMA MDS,
22100 BANDAR PERMAISURI,
SETIU, TERENGGANU

Wednesday, October 10, 2012

SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH SETIU



MAJLIS DAERAH SETIU
22100  BANDAR  PERMAISURI, SETIU
TERENGGANU DARUL IMAN.

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Kontraktor-kontraktor yang beralamat di Daerah Setiu yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kepala 220401 (mencuci dan membersih) dan yang masih lagi dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga ini :-

SEBUTHARGA NO  :    MDS 2/2012/040

SEBUTHARGA :   KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH  SETIU, BANDAR PERMAISURI, SETIU, TERENGGANU.

2.            Borang sebutharga boleh diperolehi dari Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Setiu  semasa  waktu pejabat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga ini hendaklah  membawa surat pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dimana pemiliknya sahaja dibenarkan mengambil Borang Tawaran tersebut ( mana-mana wakil tidak dibenarkan untuk mengambil Borang Tawaran ). Borang tawaran TIDAK akan dikeluarkan pada hari tawaran ditutup. Bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini, adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 14 OKTOBER 2012 jam 10.00 pagi di Bilik Q, Wisma Majlis Daerah Setiu.

3.            Dokumen sebutharga akan dikeluarkan dari tarikh 14 OKTOBER 2012 hingga 21 OKTOBER 2012 pada waktu-waktu berikut :-
                               
 Ahad hingga Rabu  :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                    2.15 petang hingga 4.15 petang

 Khamis                 :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                  2.15 petang hingga 3.00 petang
                                                               
4.            Borang sebutharga yang telah diisi dan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kejuruteraan, Pejabat  Majlis Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu Terengganu Darul Iman tidak lewat  pada :-
               
                Tarikh :   22hb. OKTOBER 2012    Hari :  Isnin        Jam :  12.00 TENGAHARI
               
5.            Sampul sebutharga ini hendaklah dicatat tajuk sebutharga dan nombor fail berkenaan di  sebelah kiri: SEBUTHARGA NO : MDS 2/2012/040 dan dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU
22100 BANDAR PERMAISURI
TERENGGANU DARUL IMAN.

( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua
Majlis Daerah Setiu



Wednesday, October 3, 2012

IKLAN SEBUTHARGA Kelas ‘F’ (LANDSKAP) tutup:18 OKTOBER 2012


1.         kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas ‘F’ di bawah Kepala ‘I’ Sub Kepala ‘I’ dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Kategori CE 21 dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

“  CADANGAN PEMBINAAN LANDSKAP DAN MERCU TANDA PERSEPADANAN DAERAH SETIU, TERENGGANU.”
(NO. SEBUTHARGA : MDS. 2/2012/039 )

2.         Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan pada 02.10.2012 hingga 17.10.2012.  Segala butir-butir dan dokumen boleh disemak semasa waktu pejabat di Jabatan Kejuruteraan  Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.

3.         Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah sahaja.  Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Surat pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Penyebutharga adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 09.10.2012 (Selasa) jam 10.00 pagi. Tempat berkumpul untuk taklimat ialah di Bilik Q, Aras II, Wisma Majlis Daerah Setiu.

4.         Dokumen sebutharga akan di jual dari tarikh 10.10.2012 hingga 17.10.2012 pada waktu pejabat dan ianya tidak akan dijual selepas tempoh itu. 

   5.      Kontraktor yang ingin memasuki tawaran adalah dikehendaki mengeluarkan wang tunai/ wang kiriman pos/bank draf/wang pos berharga RM 15.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Belas Sahaja ) yang dibuat atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SETIU sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.

  6.       Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bermetri, bertulis No. Sebutharga, berjudul seperti yang ditetapkan di atas dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN di Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Setiu pada atau sebelum 18.10.2012 (Khamis) jam 12.00 tengahari.  Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.

  7.       Kerajaan/Majlis Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau       mana-mana tawaran.



( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu.

- muat turun format jpeg untuk print klik di sini

Wednesday, August 1, 2012

IKLAN TAWARAN SEWA PREMIS MDS

TAWARAN SEWA RUANG PELBAGAI (2UNIT) DI GERAI IKAN RHU SEPULUH & TAWARAN SEWA NO.2 GERAI BUAH SERI LANGKAP

MAKLUMAT LANJUT SILA DOWNLOAD PDF FILE : KLIK DI SINI
http://www.facebook.com/download/370461003027063/IKLAN%20TAWARAN%20SEWA.PDF


IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH SETIU : TUTUP 26 OGOS 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH SETIU
1.JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR & DESA J17
2.PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17
3.TUKANG K2 R11(POMEN/AUTOMOTIF)
4.PEKERJA AWAM R1
 TARIKH TUTUP : 26 OGOS 2012

MAKLUMAT LANJUT SILA DOWNLOAD FILE PDF DI ALAMAT INI : KLIK DI SINI http://www.facebook.com/download/117215971758582/JAWATAN%20KOSONG.PDF

Sunday, April 8, 2012

Senarai Command Microsoft Windows

Berikut adalah command / arahan digunakan dalam Microsoft Windows sebagai panduan :

ADDUSERS
– Memasukkan/ menambah user ke/dari file CSV.

ARP – Address Resolution Protocol
ASSOC Change – file extension associations
ASSOCIAT – One step file association

AT Schedule – Perintah untuk membuat shedule program (utk dijalankan kemudian waktu)
ATTRIB – Mengganti atribut file
BOOTCFG – Edit boot setting windows
BROWSTAT – Mencari info domain,browser dan PDC
CACLS – Mengganti/mengubah file permissions
CALL – Memanggil sebuah program batch
CD – Memindahkan ke sebuah folder tertentu.
CHANGE – Mengubah Properties pada Terminal Server
CHKDSK – Memeriksa dan memperbaiki file system
CHKNTFS – Memeriksa NTFS file system
CHOICE – Menerima input keyboard ke dalam sebuah batch file
CIPHER – Encrypt-Decrypt files/folders
CleanMgr – Membersihkan secara otomatis Temporary files, recycle bin
CLEARMEM – Membersihkan memory
CLIP – meng-Copy STDIN ke Windows clipboard.
CLS – Membersihkan CMD
CLUSTER – Windows Clustering
CMD – Membuka CMD/ command prompt
COLOR – Mengganti warna pada window CMD
COMP – Membandingkan isi dari 2 atau lebih file
COMPACT – kompres file/folder di dalam partisi NTFS
COMPRESS – kompres file individu di dalam partion NTFS
CON2PRT – Connect atau disconnect sebuah Printer
CONVERT – Convert FAT drive menjadi NTFS.
COPY – Copy 1 atau lebih file ke lokasi tertentu
CSVDE – Import/Export Active Directory data
DATE – Memaparkan/menetapkan tarikh
Dcomcnfg – DCOM Configuration Utility
DEFRAG – Defragment hard drive
DEL – Menghapus 1 atau lebih file
DELPROF – Menghapus User Profile NT
DELTREE – Menghapus sebuah folder beserta subfolder
DevCon – Device Manager Command Line Utility
DIR – Memaparkan daftar file/folder dari sebuah drive
DIRUSE – Memaparkan disk usage/kapasitas disk
DISKCOMP – Membandingkan isi dari 2 buah floppy disk
DISKCOPY – Copy isi dari sebuah floppy disk ke floppy disk lainnya
DNSSTAT – DNS Statistics
DOSKEY – Mengedit command line,recall commands,dan create macros
DSADD – Menambah user (computer, group..) ke dalam active directory
DSQUERY – Menambah item ke dalam active directory
DSMOD – Modify user (computer, group..) di dalam active directory
ECHO – Memaparkan message pada monitor
ERASE – Menghapus satu atau lebih file
EXIT – keluar dari window CMD
EXPAND – Uncompress file
EXTRACT – Uncompress CAB files
FC – Membandingkan 2 buah file
FDISK – Disk Format dan partition
FIND – Mencari sebuah text string di dalam sebuah file
FINDSTR – Mencari strings di dalam files
FOR /F -Loop command: untuk beberapa files sekaligus
FOR – Loop command: all options Files, Directory, List
FORFILES – Batch process multiple files
FORMAT – Memformat sebuah disk
FREEDISK – Memaparkan free disk space (dalam bytes)
FSUTIL – File and Volume utilities
FTP – File Transfer Protocol
FTYPE – Memaparkan/mengubah file types yg digunakan dalam file extension
GLOBAL – Memaparkan daftar anggota dalam global groups
GOTO – Mengarahkan sebuah program batch untuk melompat ke labelled line
HELP – Online Help
HFNETCHK – Network Security Hotfix Checker
IF – Conditionally perform a command (perintah bersyarat)
IPCONFIG – Configure IP
KILL – Menghapus program dari memory
LABEL – Memberi/mengubah label disk
LOCAL – Menampilkan daftar anggota local groups
LOGEVENT – Menulis text ke dalam NT event viewer.
LOGOFF – Keluar dari system / Mengeluarkan user dari system
LOGTIME – mencatat tarikh dan waktu dalam sebuah file
MAPISEND – Menghantar e-mail dari command line
MEM – Memaparkan memory usage
MD – Create new folders
MODE – Configure a system device
MOUNTVOL – Menetapkan Mount point dalam sebuah volume
MOVE – Memindahkan file dari sebuah folder ke folder lain
MOVEUSER – Menindahkan user dari sebuah domain ke domain lain
MSG – Menghantar message
MSIEXEC – Microsoft Windows Installer
MSINFO – Windows NT diagnostics
MSTSC – Terminal Server Connection (Remote Desktop Protocol)
MUNGE – Mencari dan Menganti text di dalam sebuah file (find & replace)
MV – Meng-copy file yang sedang/sementara digunakan
NET – Menetapkan network resources
NETDOM – Domain Manager
NETSH – Configure network protocols
NETSVC – Command-line Service Controller
NBTSTAT – Memaparkan networking statistics (NetBIOS over TCP/IP)
NETSTAT – Memaparkan networking statistics (TCP/IP)
NOW – Memaparkan current Date and Time
NSLOOKUP – Name server lookup
NTBACKUP – Backup folders
NTRIGHTS – Edit user account rights (bahagian akses yg diizinkan oleh admin)
PATH – Memaparkan atau mengatur search path untuk executable files
PATHPING – Mengesan route plus network latency dan packet loss
PAUSE – Menahan proses sebuah batch file dan menampilkan message
PERMS – Memaparkan permissions (bahagian akses) user
PERFMON – Performance Monitor
PING – Menguji (test) network connection
POPD – Restore previous value dari sebuah directory yang di-save oleh PUSHD
PORTQRY – Memaparkan status ports dan service
PRINT – Print text file
PRNCNFG – Memaparkan, mengatur, atau mengubah nama printer
PRNMNGR – Memaparkan, menghapus, atau menambah daftar printer; set default printer
PROMPT – Mengubah command prompt
PsExec – Menjalankan proses jarak jauh (remote)
PsFile – Menunjukkan file2 yang dibuka dari jarak jauh
PsGetSid – Menampilkan SID sebuah computer atau user
PsInfo – Memaparkan informasi dari sebuah system
PsKill – Menghentikan proses melalui process ID
PsList – Memaparkan detail informasi dari sebuah proses
PsLoggedOn – Who’s logged on (memeriksa secara lokal atau melalui resource sharing)
PsLogList – Event log records
PsPasswd – Mengubah account password
PsService – Menampilkan dan mengubah services
PsShutdown – Shutdown atau reboot computer
PsSuspend – Suspend/menahan proces
PUSHD – Menyimpan/Save dan mengganti current directory
QGREP – Mencari kata/ayat di dalam file yg sesuai dgn line yg ditentukan.
RASDIAL – Menetapkan RAS connections
RASPHONE – Menetapkan RAS connections
RECOVER – Memulihkan/Recover damaged file dari sebuah disk defective (rusak).
REG – Membaca, menetap, atau menghapus registry keys dan values
REGEDIT – Mengimport/mengeksport registry settings
REGSVR32 – Register/unregister file DLL atau ocx
REGINI – Mengubah Registry Permissions
REM – mencatat comments (remarks) di dalam sebuah batch file
REN – mengubah nama file
REPLACE – Mengganti/Replace atau meng-update sebuah file dengan file line
RD – Delete folder
RDISK – Create Recovery Disk
RMTSHARE – Share folder atau printer
ROUTE – Memanipulasi network routing tables
RUNAS – Menjalankan sebuah program dgn menggunakan user account lain.
RUNDLL32 – Menjalankan sebuah DLL command (add/remove print connections)
SC – Service Control
SCHTASKS – Create or Edit Scheduled Tasks
SCLIST – Display NT Services
ScriptIt – Control GUI applications
SET – Display, set, atau remove environment variables
SETX – Set environment variables secara permanent
SHARE – Mendaftar atau edit sebuah file share atau print share
SHORTCUT – Create windows shortcut (.LNK file)
SHOWGRPS – Memaparkan daftar NT Workgroups atau user yang telah joined
SHOWMBRS – Memaparkan daftar Users yg merupakan member dari sebuah Workgroup
SHUTDOWN – Shutdown computer
SLEEP – Menunggu selama beberapa saat
SOON – Menjadual(schedule) sebuah command untuk beberapa waktu kemudian
SORT – Sort input
START – membuka sebuah window baru, untuk menjalankan program atau command tertentu
SU – Switch User
SUBINACL – Edit file & folder Permissions, Ownership serta Domain
SUBST – Menyesuaikan sebuah path dengan drive letter
SYSTEMINFO – Memaparkan daftar system configuration
TASKLIST – Memaparkan aplikasi dan service yang sedang berjalan
TIME – Memaparkan atau mengubah waktu pada system
TIMEOUT – Delay processing sebuah batch file
TITLE – Menentukan title window untuk sebuah session CMD.EXE
TOUCH – mengubah timestamps sebuah file
TRACERT – Mengesab route ke sebuah remote host
TREE – memaparkan grafik dari struktur folder
TYPE – Memaparkan isi dari sebuah text file
USRSTAT – Memaparkan daftar domain usernames dan last login
VER – Menampilkan version information
VERIFY – Memeriksa files yang telah ter-save
VOL – Memaparkan disk label
WHERE – Mencari dan memaparkan files di dalam sebuah directory tree
WHOAMI – Memaparkan current UserName dan current domain
WINDIFF – Membandingkan isi dari dua atau lebih file.
WINMSD – Windows system diagnostics
WINMSDP – Windows system diagnostics II
WMIC – WMI Commands
XCACLS – Mengubah file permissions (hak akses)
XCOPY – Copy files dan folders

Saturday, April 7, 2012

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU 1433 H/ 2012


MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH SETIU
akan diadakan pada
ISNIN, 9 APRIL 2012 bersamaan 17 Jamadil Awal 1433
Bertempat di Masjid Putera Jaya, Setiu

Majlis Bermula Selepas Solat Isya' (hadirin dijemput datang seawal untuk solat Magrib & Isya' berjemaah & Jamuan Makan disediakan)

Saturday, March 31, 2012

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU 1/4/2012

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU
TARIKH : 1 APRIL 2012
KELAS : F
BILANGAN TAWARAN : 5
TARIKH TAKLIMAT : 8 APRIL 2012 (10.30 PAGI)

SILA RUJUK IMEJ .. KLIK PADA LINK IKLAN 1-5 UNTUK PAPARAN IMEJ TAWARAN SEBUTHARGA ..BOLEH PRINT

IKLAN 1
IKLAN 2
IKLAN 3
IKLAN 4
IKLAN 5

Friday, March 30, 2012

UNTUK MENEMPAH BARANGAN HOT ITEM







EXTERNAL HDD 1TB USB 2.0 RM 324 ....RAM LAPTOP DDR2 2GB RM101 ...
RAM LAPTOP DDR3 2GB RM 43 ....

PENDRIVE 16GB RM 45.. LIMITED TIME ORDER SAPA CEPAT DIA DAPAT ...
DESKTOP RAM DDR 2 1GB RM58 .... EXTERNAL HDD 500GB USB 3.0/2.0 RM 230 ....
MEMORY CARD KAMERA DIGITAL SDHC RM 45

HARGA DI ATAS TERMASUK PENGHANTARAN PERCUMA DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA

UNTUK MENEMPAH BARANGAN HOT ITEM

MESEJ SMS/FB barangan yang dikehendaki ke

010-9139383 / iklan500@yahoo.com

Wednesday, March 28, 2012

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU
TARIKH : 28 MAC 2012
KELAS : F
BILANGAN TAWARAN : 7


SILA RUJUK IMEJ .. KLIK PADA LINK IKLAN 1-7 UNTUK PAPARAN IMEJ TAWARAN SEBUTHARGA ..BOLEH PRINT

IKLAN 1
IKLAN 2
IKLAN 3
IKLAN 4
IKLAN 5
IKLAN 6
IKLAN 7

Sunday, March 18, 2012

Restoran Nasi Sumatera Jaya (cawangan Setiu)

Bermula 19 Mac 2012
Cawangan Restoran Nasi Sumatera Jaya beroperasi di Perkedaian Buluh Perindu (Hadapan Pasar Bandar Permaisuri)




Memang Best!

yang belum mencuba selamat mencuba... jangan lupa bagi tahu kepada rakan2 lain

makan2 terlupa nak snap... sampai nak abis baru ingat... dah kenyang perkena nasi ayam kampung memang best...
  

Wednesday, March 14, 2012

NOTIS LELONGAN HAIWAN MAJLIS DAERAH SETIU 18 MAC 2012


TARIKH : 18 MAC 2012 (AHAD)
MASA : 9.40 PAGI
TEMPAT: PEJABAT BAHAGIAN PENGUATKUASA, MAJLIS DAERAH SETIU, WISMA MDS

HAIWAN : KAMBING (rujuk gambar di bawah)

Gambar 1(kiri) Kambing Dewasa

Jantina : Betina.

Umur (anggaran) : 2 tahun.

Tanda Pengenalan Haiwan : Koko / Hitam/ putih


Gambar 2 (kanan) Kambing Dewasa & Anak Kambing

Jantina : Betina.

Umur (anggaran) : 18 bulan & 2 bulan.

Tanda Pengenalan Haiwan : Koko / Hitam.




Bakal pembida dinasihatkan melihat sendiri keadaan haiwan tersebut pada 18 Mac 2012 jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi di kandang MajlisDaerah Setiu

maklumat lanjut klik pada imej surat notis dikeluarkan dibawah (sila klik pada gambar untuk besarkan saiz)

  

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...