Wednesday, May 6, 2015

MDS Tawar Hadiah RM10,000 Kepada Pembayar Cukai Pintu Tahun Ini


Majlis Daerah Setiu (MDS) menawarkan hadiah berjumlah RM10,000 dengan menyediakan 21 hadiah cabutan bertuah kepada pembayar cukai pintu yang menjelaskan bayaran bagi tahun 2015.
Yang Dipertua MDS, Rosdi Awang berkata, inisiatif mengadakan cabutan bertuah ini bertujuan mencari pendekatan terbaharu dalam usaha MDS meningkatkan kutipan bayaran cukai berkenaan sekali gus menggalakkan orang ramai menjelaskan bayaran cukai semasa dan juga tunggakan.
Katanya, pembayar cukai yang menjelaskan cukai dan tunggakan berpeluang memenangi cabutan ini dengan mengisi borang yang disediakan dan pemenang akan diumumkan pada awal 2016.
“Antara barangan yang ditawarkan untuk cabutan bertuah ini adalah sebuah motosikal ( tempat pertama), televisyen plasma, peti ais, mesin basuh serta barangan elektrik lain yang dianggarkan keseluruhanya berjumlah RM10,000,” katanya.
Rosdi berkata, MDS juga akan mengadakan kaunter kutipan di luar kawasan majlis termasuk membuat hebahan melalui laman web dan Facebook MDS, hebahan di masjid, surau, billboard dan kain rentang di seluruh daerah.
Tambah beliau, MDS juga menetapkan sasaran kutipan cukai pintu pada tahun ini sebanyak RM500,000 dengan kutipan melebihi 23 peratus daripada jumlah tunggakan pada 2014.
“Bagi memastikan kempen ini berjaya dan mencapai sasaran yang ditetapkan, setiap ahli majlis dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang dilantik akan diminta memainkan peranan lebih aktif dengan memberi penerangan kepada masyarakat setempat agar membayar cukai pintu dan merebut peluang yang disediakan ini.
“Saya sebagai Yang Dipertua juga berharap kutipan hasil di MDS akan meningkat dan memudahkan kerajaan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan untuk penduduk serta menyediakan perkhidmatan yang lebih bak kepada warga di daerah ini, ” katanya.
Menurutnya, penduduk yang liat untuk membayar hutang atau cukai , pihak MDS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan yang lebih tegas mengikut peraturan dan akta yang diperuntukan termasuk mengambil tindakan undang-undang dan mereka boleh dihadapkan ke mahkamah.
-sumber TeganuKita

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...