Tuesday, January 28, 2014

UNTUK DISEWA NO.2, MEDAN SELERA RHU TAPAI, MERANG, SETIU (Tutup: 13 Februari 2014)

PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
NO.2, MEDAN SELERA RHU TAPAI, MERANG, SETIU


Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa  No.2, Medan Selera Rhu Tapai, Merang,  Setiu.

Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
Wisma MDS,
22100 Permaisuri, Setiu,
TERENGGANU.

Kadar Sewa RM 220.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Dua Puluh Sahaja) sebulan dan satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

Tarikh tutup permohonan pada  13 Februari 2014 (Khamis).
Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.


No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...