Wednesday, October 10, 2012

SEBUTHARGA : KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH SETIU



MAJLIS DAERAH SETIU
22100  BANDAR  PERMAISURI, SETIU
TERENGGANU DARUL IMAN.

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA

Kontraktor-kontraktor yang beralamat di Daerah Setiu yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kepala 220401 (mencuci dan membersih) dan yang masih lagi dibenarkan membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk menyertai sebutharga ini :-

SEBUTHARGA NO  :    MDS 2/2012/040

SEBUTHARGA :   KERJA-KERJA MEMBERSIH DAN MENCUCI SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI BANGUNAN WISMA MAJLIS DAERAH  SETIU, BANDAR PERMAISURI, SETIU, TERENGGANU.

2.            Borang sebutharga boleh diperolehi dari Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Setiu  semasa  waktu pejabat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai sebutharga ini hendaklah  membawa surat pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia dimana pemiliknya sahaja dibenarkan mengambil Borang Tawaran tersebut ( mana-mana wakil tidak dibenarkan untuk mengambil Borang Tawaran ). Borang tawaran TIDAK akan dikeluarkan pada hari tawaran ditutup. Bagi kontraktor yang ingin menyertai sebut harga ini, adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 14 OKTOBER 2012 jam 10.00 pagi di Bilik Q, Wisma Majlis Daerah Setiu.

3.            Dokumen sebutharga akan dikeluarkan dari tarikh 14 OKTOBER 2012 hingga 21 OKTOBER 2012 pada waktu-waktu berikut :-
                               
 Ahad hingga Rabu  :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                    2.15 petang hingga 4.15 petang

 Khamis                 :    8.15 pagi hingga 12.30 tengahari
                                  2.15 petang hingga 3.00 petang
                                                               
4.            Borang sebutharga yang telah diisi dan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kejuruteraan, Pejabat  Majlis Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, 22100 Setiu Terengganu Darul Iman tidak lewat  pada :-
               
                Tarikh :   22hb. OKTOBER 2012    Hari :  Isnin        Jam :  12.00 TENGAHARI
               
5.            Sampul sebutharga ini hendaklah dicatat tajuk sebutharga dan nombor fail berkenaan di  sebelah kiri: SEBUTHARGA NO : MDS 2/2012/040 dan dialamatkan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU
22100 BANDAR PERMAISURI
TERENGGANU DARUL IMAN.

( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua
Majlis Daerah Setiu



No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...