Wednesday, October 3, 2012

IKLAN SEBUTHARGA Kelas ‘F’ (LANDSKAP) tutup:18 OKTOBER 2012


1.         kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dalam Kelas ‘F’ di bawah Kepala ‘I’ Sub Kepala ‘I’ dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 Kategori CE 21 dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut :-

“  CADANGAN PEMBINAAN LANDSKAP DAN MERCU TANDA PERSEPADANAN DAERAH SETIU, TERENGGANU.”
(NO. SEBUTHARGA : MDS. 2/2012/039 )

2.         Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan pada 02.10.2012 hingga 17.10.2012.  Segala butir-butir dan dokumen boleh disemak semasa waktu pejabat di Jabatan Kejuruteraan  Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.

3.         Dokumen sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang sah sahaja.  Untuk maksud ini, kontraktor hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Surat pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Penyebutharga adalah diwajibkan hadir ke taklimat pada 09.10.2012 (Selasa) jam 10.00 pagi. Tempat berkumpul untuk taklimat ialah di Bilik Q, Aras II, Wisma Majlis Daerah Setiu.

4.         Dokumen sebutharga akan di jual dari tarikh 10.10.2012 hingga 17.10.2012 pada waktu pejabat dan ianya tidak akan dijual selepas tempoh itu. 

   5.      Kontraktor yang ingin memasuki tawaran adalah dikehendaki mengeluarkan wang tunai/ wang kiriman pos/bank draf/wang pos berharga RM 15.00 ( Ringgit Malaysia : Lima Belas Sahaja ) yang dibuat atas nama YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SETIU sebagai bayaran Dokumen Sebutharga.

  6.       Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat bermetri, bertulis No. Sebutharga, berjudul seperti yang ditetapkan di atas dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN di Jabatan Kejuruteraan Majlis Daerah Setiu pada atau sebelum 18.10.2012 (Khamis) jam 12.00 tengahari.  Sebutharga yang lewat diterima tidak akan dilayan.

  7.       Kerajaan/Majlis Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau       mana-mana tawaran.



( HAJI JOHAN BIN IBRAHIM )
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu.

- muat turun format jpeg untuk print klik di sini

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...