PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN MDS (K), BANDAR
PERMAISURI, SETIU.
Tawaran ini adalah dipelawa daripada
orang ramai untuk menyewa No. 4,5,7 dan 8 Perkedaian MDS(K), Bandar
Permaisuri, Setiu.
2. Kepada
sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang
rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan
Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja
). Borang yang telah disempurnakan
hendaklah dikembalikan kepada :
Yang
Dipertua,
Majlis
Daerah Setiu,
Wisma
MDS,
22100
Permaisuri, Setiu,
TERENGGANU.
3. Kadar Sewa RM 420.00 (Ringgit Malaysia
: Empat Ratus Dua Puluh Sahaja ) Satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani
di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.
4. Tarikh
tutup permohonan pada 30 Oktober 2012
Permohonan yang lewat diterima tidak
akan dipertimbangkan.
Yang Dipertua