Sunday, December 25, 2011

TERAPI BEKAM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kali ini saya ingin berkongsikan ilmu perubatan zaman Rasulullah s.a.w iaitu Berbekam..

Apa itu Bekam? BEKAM disebut juga sebagai Al-Hijamah dalam bahasa Arab yang

bererti “pembuangan darah kotor” dan bukannya Al-Fashad yang

bererti “pembuangan darah segar”. Di dalam kitab At-Thibbun Nabawi oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadis Nabi S.A.W. Mafhumnya:

خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه

"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.

Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari

dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi

nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan

dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.

Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung,

kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan

dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.

Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu

Nabi S.A.W. telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM


KENAPA PERLU BERBEKAM???

Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini dimodenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.

Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara, mahupun dari makanan yang

banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.

Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat

berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.

Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?

Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat.

Darah bersih mengalir didalam urat.

Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang.

Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit.

Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.

ADAKAH IANYA MENYAKITKAN?

Tidak,ini kerana kaedah bekam darah

sekarang ini menggunakan sejenis alat

canggih yang dipanggil PEN BEKAM.

Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh

pen ini tersangat-sangat laju sehingga

membuatkan anda tidak sedar yang tusukan

sedang berlaku pada kulit anda.

Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis. Setiap pelanggan akan

diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.

Sekiranya anda telah bersedia untuk

melakukan terapi ini, sila hubungi

012-9371346 di Bandar Permaisuri,

Setiu untuk membuat temujanji terlebih dahulu

*Sesi rawatan mengambil masa diantara

30 minit - 45 minit

*pastikan perut kosong 2 jam sebelum

hadir berbekam

Jadual rawatan adalah:

Ahad - Khamis 9 mlm - 11 mlm

Jumaat & Sabtu 8 pagi - 11 pagi

2.30 ptg - 5 ptg

9 mlm - 11 mlm

Harga promosi untuk satu sesi rawatan

RM30 untuk 10 cup

RM3 = 1 cup




  

Wednesday, November 30, 2011

KOMBINASI SHORTCUT BUTANG WINDOWS


Anda biasanya menggunakan kombinasi butan Ctrl + P untuk print, atau Ctrl+S untuk save bila menggunakan aplikasi office. Tapi tahukah anda, ada banyak lagi butang shortcut yang lagi yang berguna untuk andajom kita pelajari…..

Kali ini menggunakan Logo Windows
[Logo Windows] + [L] Lock komputer
[Logo Windows] + [U] Menampilkan Utility Manager
[Logo Windows] + [R] Menampilkan Run
[Logo Windows] + [F] Menampilkan window Search
[Logo Windows] + [E] Membuka My Computer
[LogoWindows] + [D] Mematikan atau mengaktifkan Toggle

Desktop

[Logo Windows] + [M] Minimize semua window
[Logo Windows] + [Shift] + [M] Restore semua window yang di-minimize
[Logo Windows] + [Ctrl] + [F] Mencari komputer dalam jaringan
[Logo Windows] + [F1] Menampilkan halaman Help
[Logo Windows] + [Break] Memunculkan window System

Properties
[Logo Windows] + [Tab] Scroll tombol di Taskbar (windows Vista & 7 ke atas)

Jika Anda menggunakan keyboard lama yang tidak dilengkapi dengan tombol Windows, gunakan paduan tombol Ctrl + Esc.

Selamat Mencuba!



  

Sunday, November 13, 2011

HARGA HARD DISK MELONJAK NAIK EKORAN BANJIR DI THAILAND

Kongsi Di Facebook
  


Banjir buruk di Thailand telah menyebabkan kekurangan Hard Disk Drive, ianya telah membawa kepada kenaikan harga mendadak secara besar-besaran.
10 % stok cakera keras dari Disember sehingga bulan April mungkin akan habisan pada akhir bulan November ini dan tiada pengeluaran dijangkakan sehingga seawalnya bulan Februari 2012. Kononnya, kekurangan ini telah menyebabkan pengeluar PC untuk pergi mencari pasaran gelap untuk drive yang lebih banyak, Ini juga mengakibatkan kawalan kualiti yang kurang ketat, maka tidak hairanlah kenapa Hard Disk PC, Laptop atau Netbook anda mudah rosak biarpun baru sahaja membelinya tidak sampai sebulan.

Kenaikan harga telah mula memukul pengguna, dan jika anda mahu Hard Disk baru, anda hendaklah mendapatkan secepat mungkin selagi harganya masih rendah dalam sekitar RM250-260 untuk 1TB memandangkan harga sekarang telah meningkat kepada RM400

Bagi Harga Hard Disk Solid State Drive (SSD) seolah-olah tidak mengalami kesan banjir, kerana kurang menjadi pilihan pengguna ekoran harganya yang mahal, ianya tidak menjamin tiada kenaikan harga berlaku.

Wednesday, November 2, 2011

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN

Kongsi Di Facebook
  

Klik Disini untuk dapatkan borang tawaran

1. Tawaran adalah dipelawa dari Syarikat atau orang perseorangan Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh
(Perlu Permit) untuk Membeli Barang Lusuh seperti berikut ;

> Tong Sampah Kompaktor Aluminium 2 cu Yard (11 unit)

> Tong Sampah Kompaktor Galvanised Iron 2 Cu Yard (47 unit)

> Tong Sampah 660 Liter MGB 4 Wheel Bin (9 biji)

2. Barangan boleh dilihat pada 24 OKTOBER 2011 hingga 17 NOVEMBER 2011 pada hari
bekerja diantara jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Depo Majlis Daerah Setiu.

3. Tawaran sebutharga boleh dibuat dengan menggunakanBorang Sebutharga Pelupusan
Aset Alih Kerajaan (KEW. PA 25) yang boleh diperolehi di alamat seperti di Para 5.
Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 60 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat
berlakri dan ditanda No. Sebutharga MDS. 2/2011 dan dihantar melalui pos atau
dimasukkan dalam peti sebutharga MDS. 3/2011 di alamat ;

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SETIU
WISMA MDS
22100 PERMAISURI
SETIU, TERENGGANU

5. Tarikh tutup sebutharga pada 22 NOVEMBER 2011 jam 12.00 tengahari. Sebutharga
yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tuesday, October 11, 2011

Sultan Mizan Cup 2011, Tuah Penunggang Thai & Kudanya...

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan trofi Kejohanan Piala Sultan Mizan 2011 kepada Wipawan Pawitayalarp di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong sambil disaksikan Menteri Besar. - Gambar oleh Zulkipli Putra. Bawah, Kuda diberi makan lobak sebagai hadiah juara bersama :)

Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000.

Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer yang berakhir pagi Ahad dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilomter sejam.

Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30).

Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, berkenan menyampaikan hadiah kepada juara kejohanan tersebut.

Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima.

sumber: Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu

Wednesday, October 5, 2011

PROGRAM GPS IMAN TV3 - 8 OKTOBER 2011

boleh like di Facebook GPS Iman TV3
SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENYERTAI PROGRAM ISLAMIK TERBARU TV3 GPS IMAN


PADA 8 OKTOBER 2011 (SABTU) PROGRAM BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

- CERAMAH AGAMA, SUKANEKA, GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PANTAI, SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DAN JAMUAN RAKYAT.

BERSAMA ARTIS : ASHRAF MUSLIM

PROGRAM INI AKAN DISIARKAN DI TV3 PADA 9 OKTOBER 2011 (BOLEH MASUK TV3 :) LER....)
  

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...