Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kali ini saya ingin berkongsikan ilmu perubatan zaman Rasulullah s.a.w iaitu Berbekam..
Apa itu Bekam? BEKAM disebut juga sebagai Al-Hijamah dalam bahasa Arab yang
bererti “pembuangan darah kotor” dan bukannya Al-Fashad yang
bererti “pembuangan darah segar”. Di dalam kitab At-Thibbun Nabawi oleh Imam Ibnu Qayyum Al-Jauziyah ada menukilkan satu Hadis Nabi S.A.W. Mafhumnya:
خير ما تدا ؤيتم به الحجا مه
"Sebaik-baik pengubatan yang kamu gunakan adalah dengan berbekam" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Secara saintifik dalam ilmu perubatan moden penyakit di dalam tubuh berpunca dari makanan yang telah melebihi kadar yang seimbang.
Makanan ini pula akan dicernakan di dalam perut. Kapilari-kapilari
dari perut pula akan menyerap zat-zat yang berguna dan menjadi
nutrien dalam darah. Sisa-sisa dari proses pencernaan pula akan
dibuang dari tubuh badan sebagai najis,air kencing dan perpeluhan dari seluruh tubuh badan.
Darah yang mengandungi nutrien pula akan mengalir melalui semua organ-organ dalam tubuh badan seperti hati, paru-paru, jantung,
kelenjar-kelenjar, otak, organ pencernaan, ginjal, organ pembiakan
dan lain-lain lagi di dalam tubuh badan manusia.
Darah juga akan mengambil bahan-bahan buangan dalam darah dan mengangkutnya ke paru-paru,ginjal dan kulit untuk dikeluarkan dari tubuh badan manusia. Kegagalan pengeluaran bahan buangan dari darah melalui sistem perpeluhan akan menyebabkan darah yang bertoksid terperangkap 3mm hingga 4mm di bawah permukaan kulit diseluruh tubuh badan manusia.
Oleh yang demikian untuk mengeluarkan darah yang bertoksid itu
Nabi S.A.W. telah mengajarkan kepada ummatnya dengan berBEKAM
KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini dimodenkan mengikut kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara, mahupun dari makanan yang
banyak mengandungi zat pewarna,zat pengembang,penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.
Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat
berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.
Masa bekam ni tak keluar darah bersih ke?
Jika doktor ingin ambil darah, doktor akan cari urat.
Darah bersih mengalir didalam urat.
Sel darah mati dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan buah pinggang.
Namun sebahagian darah kotor masih ada di bawah kulit.
Proses bekam mengeluarkan darah kotor dari badan.
ADAKAH IANYA MENYAKITKAN?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah
sekarang ini menggunakan sejenis alat
canggih yang dipanggil PEN BEKAM.
Tusukan yang dilakukan pada kulit oleh
pen ini tersangat-sangat laju sehingga
membuatkan anda tidak sedar yang tusukan
sedang berlaku pada kulit anda.
Kaedah tusukan ini mirip kaedah blood test atau ujian kencing manis. Setiap pelanggan akan
diperuntukkan sebilah lancet/jarum baru.
Sekiranya anda telah bersedia untuk
melakukan terapi ini, sila hubungi
012-9371346 di Bandar Permaisuri,
Setiu untuk membuat temujanji terlebih dahulu
*Sesi rawatan mengambil masa diantara
30 minit - 45 minit
*pastikan perut kosong 2 jam sebelum
hadir berbekam
Jadual rawatan adalah:
Ahad - Khamis 9 mlm - 11 mlm
Jumaat & Sabtu 8 pagi - 11 pagi
2.30 ptg - 5 ptg
9 mlm - 11 mlm
Harga promosi untuk satu sesi rawatan
RM30 untuk 10 cup
RM3 = 1 cup
No comments:
Post a Comment