Banjir buruk di Thailand telah menyebabkan kekurangan Hard Disk Drive, ianya telah membawa kepada kenaikan harga mendadak secara besar-besaran. 10 % stok cakera keras dari Disember sehingga bulan April mungkin akan habisan pada akhir bulan November ini dan tiada pengeluaran dijangkakan sehingga seawalnya bulan Februari 2012. Kononnya, kekurangan ini telah menyebabkan pengeluar PC untuk pergi mencari pasaran gelap untuk drive yang lebih banyak, Ini juga mengakibatkan kawalan kualiti yang kurang ketat, maka tidak hairanlah kenapa Hard Disk PC, Laptop atau Netbook anda mudah rosak biarpun baru sahaja membelinya tidak sampai sebulan.
Kenaikan harga telah mula memukul pengguna, dan jika anda mahu Hard Disk baru, anda hendaklah mendapatkan secepat mungkin selagi harganya masih rendah dalam sekitar RM250-260 untuk 1TB memandangkan harga sekarang telah meningkat kepada RM400
Bagi Harga Hard Disk Solid State Drive (SSD) seolah-olah tidak mengalami kesan banjir, kerana kurang menjadi pilihan pengguna ekoran harganya yang mahal, ianya tidak menjamin tiada kenaikan harga berlaku.
No comments:
Post a Comment