Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000.
Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer yang berakhir pagi Ahad dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilomter sejam.
Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30).
Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000.
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, berkenan menyampaikan hadiah kepada juara kejohanan tersebut.
Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima.
sumber: Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu
No comments:
Post a Comment