Sunday, December 8, 2013

TAWARAN SEWA 4 UNIT BENGKEL IKS PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD) GUNTONG LUAR (tutup permohonan 18/12/2013)

PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
BENGKEL IKS PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD) GUNTONG LUAR, SETIU

Kordinat GPS : 5.584364,102.705688
Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa 4 unit bengkel di Kg.Guntong Luar, Setiu bagi perniagaan bengkel kimpalan/ kenderaan/ pembuatan elektronik dan lain-lain yang berkaitan.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 280.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja) sebulan dan satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.


4.               Tarikh tutup permohonan pada 18 Disember  2013 (Rabu).

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...