Monday, October 21, 2013

WINDOWS XP Best Before 8 April 2014 - Bakal Expired Pada 8 April 2014



Tidak bermakna pengguna tidak boleh guna XP. Anda boleh terus menggunakan jika anda mahu, tetapi tidak digalakkan.

Akhir hayat bermakna Microsoft tidak akan memberikan ‘update windows’ ‘security update’ dan  apa-apa lagi kepada pengguna .
Katanya ramai “Die-Hard Fan’  XP sinis terhadap berita ini. Mereka berfikir Microsoft cuba untuk memaksa orang membeli komputer baru. Microsoft ni tahu nak buat duit saja, jadi dia tidak mahu orang ramai untuk menaik taraf.  
Kata Microsoft, ini bukanlah sesuatu yang istimewa untuk XP.
Microsoft telah melakukan perkara yang sama dengan Windows 95, 98 dan Me. Tarikh Akhir Hayat Vista adalah 11 April 2017 dan Windows 7 adalah pada 14 Jan, 2020. Malah, Microsoft telah melanjutkan akhir hayat  XP untuk beberapa kali dan  sepatutnya telah tamat pada tahun lalu.
Berikut adalah satu fakta yang menyeronokkan: XP pertama kali muncul pada akhir tahun 2001. Dan Berakhir 2010 di mana, komputer baharu  diinstall XP. Windows Vista, yang tiba 6 tahun selepas XP, hanya bertahan sehingga 2011. Ada juga yang PC didatangkan dengan Vista diberi pilihan ‘downgrade’ kepada XP kerana permintaan pengguna.
Jika anda berfikir tentang hal itu, XP akan berusia hampir 13 tahun. Seperti seorang remaja, ia menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan dunia baharu. Walaupun di upgrade dengan Service Pack 3, XP  tidak tersedia untuk zaman moden.
Ia hilang ciri-ciri keselamatan utama yang diperkenalkan dalam Windows Vista. Ia tidak boleh menyokong  ‘driver’ untuk peralatan/perkakasan terkini.
Ia menjadi semakin mengecewakan untuk pelanggan.Manakala mudah bagi syarikat-syarikat pihak ketiga seperti pengeluar  software & hardware hanya buang sokongan terhadap XP kerana  Ia memerlukan banyak masa dan wang untuk membuat program sokongan untuk  setiap versi Windows.
Ini juga memberi kesan kepada Internet. Pembangun laman web akan gembira kerana  versi Internet Explorer  dalam XP dari versi 6, 7 dan 8 sampailah  seterusnya. versi  yang begitu jauh di belakang pelayar yang lain. Walaupun google chrome, mozilla ada tapi sesetengah web hanya membenarkan Internet Explorer.
Ia akan menjadi satu perubahan yang serius untuk ramai orang. Dalam kebanyakan kes ia akan bermakna sebuah komputer baru, perisian dinaik taraf dan mungkin aksesori baru seperti pencetak dan pengimbas.

Dan ada satu masalah yang lebih besar.

Saya rasakan Hayat Windows 7 boleh bertahan lebih lama. Walaupun sekarang didatangkan dengan windows 8, ramai pengguna belum serasi dengan windows 8 kerana paparan terlalu jauh bezanya dengan versi sebelum windows 8.
Paparan antara muka  windows 8 yang bertujuan untuk tablet skrin sentuh dan tidak berfungsi dengan baik dengan keyboard &  mouse. Malah, mencari Desktop dan butang Start ibarat “permaianan mencari Harta Karun”.
XP Die Hard Fan – “boleh je guna XP takder mender bro.. ala stakat antivirus apa lah sangat, orang  kurang pandai IT  je klik file virus”
Cepat atau lambat, pengguna XP satu hari nanti akan menukar juga kepada sistem operasi terkini dari faktor perkakasan seperti printer, scanner, flash drive dan lain perkakasan tidak dapat berfungsi dengan XP.

p/s: TMnet support je biasa akan tanya anda guna Operating System XP,Vista, 7,8..  lepas ni kurang sikit skripnya... “Encik pakai 7 ke 8? “

1 comment:

  1. kepada para pengguna window xp bersiap sedialah untuk melihat komputer anda dipenuhi virus dan malware sebab lepas ni lagi senang hacker nak ceroboh xp

    ReplyDelete

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...