Wednesday, July 17, 2013

IKLAN SEBUTHARGA MEMBERSIH KAWASAN & MENGANGKUT SAMPAH MDS (TAKLIMAT :29/7/2013)

 Kenyataan Sebutharga (Tawaran Khas Untuk Bumiputera) 

- Muat Turun iklan ini format pdf untuk cetak, klik di sini


1.         Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor –kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub-kepala 221002 ( membersih kawasan ) dan 221003 ( mengangkut sampah ) dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman , keupayaan kewangan  dan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :



Bil
Sebutharga.No
Tajuk Kerja
1.
MDS/JPPP/S/A/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A

2.
MDS/JPPP/S/A1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A1

3.
MDS/JPPP/S/B1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon B1

4.
MDS/JPPP/S/C/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C

5.
MDS/JPPP/S/C1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C1

6.
MDS/JPPP/S/E1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon E1



2.         Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai  22 Julai  2013 sehingga 5 Ogos 2013 pada waktu pejabat di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS.
              
3.         Dokumen tawaran boleh disemak dan dibeli secara tunai sahaja dengan harga RM50.00         ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja ) senaskah mulai 30 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013 di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS pada waktu biasa pejabat. Dokumen tawaran tidak akan dijual atau dikeluarkan  selepas tempoh yang tersebut di atas.
               

4.         Satu taklimat akan di adakan pada tarikh 29 Julai 2013, jam 10.00 pagi di Bilik Q, Aras II Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kehadiran adalah diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memasuki tawaran ini. Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor atau wakilnya yang sah yang menghadiri taklimat dengan mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang dinyatakan.

5.         Dokumen yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri. Nombor rujukan tawaran hendaklah dinyatakan di muka depan sampul surat tersebut dengan terang dan jelas serta dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu dan dimasukkan ke dalam peti tawaran yang disediakan di Jabatan Kejuruteraan , Aras I, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu  pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 6 Ogos 2013. Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau tidak lengkap akan ditolak.

6.         Bayaran dokumen tawaran tidak akan dikembalikan.

7.         Majlis Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.


Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.


Tarikh : 21 Julai 2013

No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...