Kenyataan Sebutharga (Tawaran Khas Untuk Bumiputera)
1.
Sebutharga
adalah dipelawa daripada Kontraktor –kontraktor yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub-kepala 221002 ( membersih kawasan ) dan 221003 ( mengangkut sampah ) dan masih
dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman , keupayaan
kewangan dan peralatan yang mencukupi
bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :
Bil
|
Sebutharga.No
|
Tajuk Kerja
|
1.
|
MDS/JPPP/S/A/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A
|
2.
|
MDS/JPPP/S/A1/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A1
|
3.
|
MDS/JPPP/S/B1/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon B1
|
4.
|
MDS/JPPP/S/C/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C
|
5.
|
MDS/JPPP/S/C1/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C1
|
6.
|
MDS/JPPP/S/E1/13
|
Perkhidmatan
Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih
Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon E1
|
2. Naskah
Meja Tawaran akan dipamerkan mulai 22 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013 pada waktu
pejabat di Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS.
3. Dokumen
tawaran boleh disemak dan dibeli secara
tunai sahaja dengan harga RM50.00 ( Ringgit
Malaysia : Lima Puluh Sahaja ) senaskah mulai 30 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013 di Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS pada waktu biasa pejabat.
Dokumen tawaran tidak akan dijual atau dikeluarkan selepas tempoh yang tersebut di atas.
4. Satu
taklimat akan di adakan pada tarikh 29
Julai 2013, jam 10.00 pagi di Bilik Q, Aras II Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kehadiran
adalah diwajibkan bagi kontraktor
yang ingin memasuki tawaran ini. Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada
kontraktor atau wakilnya yang sah yang menghadiri taklimat dengan mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan
Kementerian Kewangan di dalam bidang yang dinyatakan.
5. Dokumen
yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang
berlakri. Nombor rujukan tawaran hendaklah dinyatakan di muka depan sampul
surat tersebut dengan terang dan jelas serta dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu dan
dimasukkan ke dalam peti tawaran yang disediakan di Jabatan Kejuruteraan , Aras I, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu pada atau sebelum jam
12.00 tengah hari pada 6 Ogos 2013.
Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau tidak lengkap
akan ditolak.
6. Bayaran
dokumen tawaran tidak akan dikembalikan.
7. Majlis
Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana
tawaran.
Yang
Dipertua,
Majlis
Daerah Setiu,
Wisma
MDS,
22100
Bandar Permaisuri,
Setiu,
Terengganu.
Tarikh
: 21 Julai 2013