Tuesday, June 4, 2013

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2013/1434 HIJRAH DI KAWASAN DAERAH SETIU DIBUKA SEKARANG



PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2013/1434 HIJRAH DI KAWASAN DAERAH SETIU DIBUKA SEKARANG 

BORANG PERMOHONAN BOLEH MUAT TURUN (DOWNLOAD) SECARA PERCUMA- SILA KLIK DISINI (format PDF )
atau dapatkan di Kaunter Pelesenan Majlis Daerah Setiu

Lokasi Tapak Bazar Ramadhan yang Disediakan Majlis Daerah Setiu adalah di :
  • Bandar Permaisuri (Sg. Tarom)
  • Kg.Penarik
  • Pekan Sri Langkap (Sg. Tong)
  • Pekan Chalok Kedai
  • Kg. Bintang
  • Kg. Guntung Luar
Kadar Harga :

i)  Bandar Permaisuri dan Sungai Tong RM135.00 untuk 1 lot
ii) Lain-lain lokasi RM 125.00 untuk 1 lot

SILA HANTAR BORANG PERMOHONAN INI KEPADA BAHAGIAN PELESENAN MDS SEBELUM /PADA TARIKH TUTUP: 20 JUN 2013

Syarat-syarat :

1.Borang ini hendaklah diisi dengan terang dan berhuruf besar dengan kosongkan mana-mana yang tidak berkenaan.

2. Kembalikan borang ini kepada Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Setiu beserta satu salinan dokumen-dokumen berikut :-

a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pembantu
b. Surat perakuan pemeriksaan kesihatan yang masih sah (Sijil Suntikan) termasuk Pembantu.
c. Gambar berukuran Kad Pengenalan bagi pemohon dan pembantu (sila nyatakan nama dan nombor kad pengenalan pada bahagian belakang gambar)

3. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja. Pihak Majlis Daerah Setiu akan menolak mana-mana permohonan kedua dan seterusnya  (jika ada) diatas penama yang sama.

4. Setiap pemohon hanya dibenarkan memilih satu (1) jenis jualan sahaja.

5. Bilangan maksima lot/petak jualan yang dibenarkan adalah sebanyak 2 lot/petak sahaja.

6. Pihak Majlis Daerah Setiu hanya menyediakan kemudahan kanopi sahaja. Meja jualan dan kerusi hendaklah disediakan oleh peniaga sendiri. Ukuran bagi setiap lot/petak jualan adalah 10 kaki X 3 kaki sahaja.

7. Pemohon hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA dan BERAGAMA ISLAM.


No comments:

Post a Comment

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...