Skip to main content

SEJARAH DAERAH SETIU

Sejarah Daerah Setiu

Menurut rekod Arkib Negara menunjukkan sempadan Daerah Negeri Terengganu telah berubah beberapa kali sejak lebih 50 tahun yang lalu. Dalam tahun 1921 Negeri Terengganu telah dibahagikan kepada lapan (8) daerah iaitu Kemasik, Paka, Kerteh, Dungun, Marang, Kuala Berang, Setiu dan Besut. Pada tahun 1923 Daerah Negeri ini berubah sekali lagi tetapi masih kekal dengan lapan (8) Daerah dimana Daerah Kemaman telah diwujudkan dan Daerah Setiu dihapuskan. Namun begitu dalam tahun 1935 Daerah Negeri ini dibahagikan semula dan dijadikan sepuluh (10) Daerah yang dikenali Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Hulu Terengganu, Merang, Setiu dan Besut. Dalam tahun yang sama satu persidangan mengenai sempadan negeri telah dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri Terengganu dan persidangan tersebut dikenali sebagai 'Christmas Conference' yang mana tujuanya untuk menyusun semula sempadan daerah. Hasil daripada persidangan tersebut keputusan telah dibuat seperti berikut:-

Daerah Kemaman dan Kemasik telah dicantumkan menjadi Daerah Kemaman

Daerah Dungun dan Paka telah dicantumkan menjadi Daerah Dungun.

Daerah Merang, Batu Rakit dan Kuala Terengganu telah dicantumkan menjadi Daerah Kuala Terengganu.

Daerah Besut dan Setiu telah dicantumkan menjadi Daerah Besut.

Perubahan sempadan ini dibuat ialah kerana ketidakcekapan pentadbiran serta keluasan yang tidak ekonomik serta tidak dapat memberi perkhidmatan yang berkesan kepada masyarakat.

02. Dalam tahun 1980 Kerajaan Negeri telah meminta Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia, Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) supaya membuat kajian kemungkinan kekesanan sempadan Daerah Negeri Terengganu. Hasil kajian tersebut Kerajaan Negeri telah bersetuju menubuhkan Daerah Setiu pada 1hb. Januari, 1985 dimana sebahagian daripada mukim-mukim dari Daerah Kuala Terengganu dan Besut dimasukkan ke Daerah Setiu.

PENGWUJUDAN DAERAH SETIU

1 Januari 1985, adalah satu lagi tarikh bersejarah bagi penduduk negeri Terengganu, apabila sebuah lagi daerah baru yang dikenali sebagai Daerah Setiu ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Keujudan Daerah Setiu ini telah meletakkan Negeri Terengganu kepada tujuh daerah iaitu Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Marang, Dungun, Besut, Hulu Terengganu dan Setiu.

Daerah Setiu merangkumi 7 Mukim di bawah pentadbiran seorang Pegawai Daerah mempunyai keluasan 130,477.36 hektar dengan jumlah penduduknya seramai 33,000 orang mengikut banci 1980. Mukim-mukim yang terdapat di dalam Daerah Setiu ialah Chalok, Tasik, Hulu Setiu, Guntung dan Pantai dari Dawrah Besut, Merang dan Hulu Nerus dari Daerah Kuala Terengganu.

ASAL-USUL SETIU

Terbitnya nama Setiu adalah berasal daripada nama seorang pahlawan Bugis. Peperangan antara Belanda dengan Bugis telah berlaku dalam tahun-tahun 1770an. Dalam peperangan tersebut pihak Belanda telah mendapat kemenangan. Dengan kekalahan Bugis ini menyebabkan ramai orang-orang Bugis lari meninggalkan negeri mereka. Antara orang-orang Bugis tersebut termasuklah Tok Setiu. Tok Setiu merupakan seorang Panglima Raja Bugis. Antara faktor yang menyebabkan beliau lari selain daripada kalah berperang ialah kerana beliau tidak mahu hidup bertuankan Belanda. Setelah beberapa lama belayar Tok Setiu dan orang-orangnya pun tiba di Terengganu. Negeri Terengganu pada masa itu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad II iaitu Sultan Terengganu yang ke X (1875 hingga 1881).

Apabila Tok Setiu mendarat ke Terengganu, beliau pun menemui baginda Sultan Ahmad untuk memohon menumpang tinggal di Terengganu, beliau menceritakan perihal kedatangannya dan segala pahit maung semasa dalam pelayaran.

Baginda Sultan Ahmad II telah bersetuju dan perkenankan permohonan Tok Setiu dan orang-orangnya. Lalu Baginda titahkan kepada Tok Setiu supaya mencari tempat yang sesuai utnuk dibuat perkampungan.

Setelah meninjau kawasan-kaeasan di Negeri Terengganu, beliau telah memilih sebuah tempat dan dinamakan Kampung Bukit Tok Setiu. Disinilah tempat Tok Setiu dan orang-orangnya berkampung dan menjalankan kerja-kerja harian mereka.

Pada peringkat awal pendudukan Tok Setiu di Kampung Bukit Setiu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Kampung. Dalam pada inilah Tok Setiu mendapat tentangan daripada Tok Itam dan orang-orangnya kerana berebut satu kawasan. Oleh kerana tidak mendapat kata sepakat dan tolak ansur antara mereka berdua, lalu berlakulah peperangan yang amat hebat selama 7 hari 7 malam. Dalam peperangan tersebut pihak Tok Setiu hampir menerima kekalahan.

Memandangkan hal yang demikianlah Tok Setiu memohon bantuan daripada Tok Serban Kuning dari Mukim Batu Bertindan, Bukit Mahsuri. Dengan bantuan yang diberikan oleh Tok Serban Kuning maka pihak Tok Itam telah mengalami kekalahan. Kemenangan Tok Setiu telah mengukuhkan lagi kedudukanya sebagai Ketua di Kampungnya dan menyebabkan pengaruh beliau semakin kuat dan pengikutnya bertambah ramai.

Kekalahan Tok Itam telah menyebabkan anak buahnya menyimpan dendam dan mereka telah membuat batas sempadan dengan menanam suatu azimat. Tujuannya adalah untuk mencegah daripada kemasukan binatang-binatang daripada kampung lain. Ini jelas terbukti apabila seseorang yang hendak membawa masuk kerbau dan lembu dengan tujuan untuk membelanya ataupun kenduri kendara, binatang itu apabila melangkah saja ke garis sempadan tersebut terus mati. Peristiwa ini telah berlaku berulang-ulang kali.

Semasa pemerintahan Tok Setiu, beliau telah meninggalkan banyak jasa antaranya membuat tandak-tandak sungai adalah bertujuan untuk memudahkan pengaliran air dari sungai ke sawah-sawah. Pekerjaan penduduk-penduduk pada masa itu hinggalah sekarang ialah bertanam padi dan menoreh getah.

Selain daripada bertugas sebagai Ketua Kampung, Tok Setiu juga berperanan sebagai guru silat dimana ramai penduduk-penduduknya yang belajar denganya. Dikatakan bahawa persilatan menjadi pokok utama dalam kehidupan penduduk kampung Bukit Tok Setiu ialah kerana adanya satu temasya pertandingan silat.. Temasya ini telah diadakan pada tiap-tiap tahun.

Tok Setiu meninggal dunia setelah bertikam dengan adiknya disebabkan oleh fitnah dan dikuburkan berhampiran dengan rumahnya yang terletak di bawah sepohon Berangan. Pokok Berangan telah ditebang manakala batu nisan tidak dapak dikesan. Kawasan perkampungan Tok Setiu sekarang telah dipenuhi dengan pokok-pokok getah dan semak samun.

Kemasyuran nama Tok Setiu telah mendorong kepada penduduk-penduduk kamping menamakan tempat itu sebagai SETIU hinggalah sekarang menjadi satu Daerah.

PENUTUP

Tok Setiu memainkan peranan yang besar dalam sejarah kehidupannya dan banyak jasa-jasa yang ditinggalkan oleh beliau. Hiburan seperti bersilat, Mak Yong, main gasing, belaga kerbau turut diadakan di kampungnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sumber : (*) Encik Mansur bin Drahman, Kg.Gong Batu, Setiu Umur: 85 Tahun

(**) Sekarang dikenali dengan nama Kampung Besut, Hulu Seladang, Setiu

(***) Temuramah dengan Tuk Munah bt. Che Ahmad, Kampung Hulu Seladang. Umur: 100 Tahun

Comments

Popular posts from this blog

Kisah Hijrah Tentang Sarang Labah-labah Dan Burung Merpati Palsu?

Rasulullah S.A.W telah mengaturkan strategi dan pelbagai ikhtiar dengan menggunakan jalan rahsia dan bersembunyi di Gua Thur, namun dapat dijejak oleh kaum kafir Quraish sampai ke Gua Thur kerana mereka mempunyai ilmu mengesan tapak kaki sehingga jejak tapak kaki terhenti di hadapan Gua Thur. Dengan keadaan Gua Thur yang kecil jika tunduk sahaja pun sudah nampak orang ada atau tiada di dalamnya, dengan ikhtiar apa lagi harus dibuat selain Tawakkal kepada Allah, begitulah cara Rasulullah yang patut kita ikuti setelah pelbagai usaha telah dilakukan barulah kita Bertawakkal kepada Allah.
Nabi Muhammad S.A.W Dilindungi Merpati Dan Labah-Labah Di Gua Thur?
Oleh : Drs. Abdul Ghani Azmi Idris Majalah Pengasuh Terbitan Majlis Agama Islam Kelantan. Bil. 558.
Rasulullah s.a.w. ke Madinah merupakan satu peristiwa yang paling agung dan bersejarah dalam Islam kerana ia merupakan titik tolak bagi kebangkitan dan perkembangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Dari Madinah umat Islam yang dipinpim ole…

JAWATAN KOSONG DI MAJLIS DAERAH SETIU 2015 (Tarikh Tutup Permohonan : 18/8/2015)

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman, Warganegara Malaysia
yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut :
- Pegawai Perancang Bandar dan Desa *
- Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
- Penolong Arkitek Landskap
- Penolong Pegawai Tadbir
- Penolong Akauntan
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) *
- Pembantu Penguatkuasa *
- Pemandu Kenderaan *
- Pembantu Awam *
Borang Permohonan MDS.TR.1 bernilai RM2.00 boleh didapati di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Setiu,Wisma MDS,Bandar Permaisuri,Setiu,Terengganu pada waktu pejabat.
Muat Turun Iklan Jawatan Format PDF, sila klik pautan ini https://www.facebook.com/down…/926726370717801/iklan2015.pdf


JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)