Tuesday, October 11, 2011

Sultan Mizan Cup 2011, Tuah Penunggang Thai & Kudanya...

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan trofi Kejohanan Piala Sultan Mizan 2011 kepada Wipawan Pawitayalarp di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong sambil disaksikan Menteri Besar. - Gambar oleh Zulkipli Putra. Bawah, Kuda diberi makan lobak sebagai hadiah juara bersama :)

Penunggang dari Thailand, Wipawan Pawitayalarp, muncul johan Sultan Mizan Cup 2011, sekaligus membawa pulang wang tunai RM63,000 dan sebuah jam tangan AmaSwiss bernilai RM54,000.

Beliau menamatkan trek sejauh 120 kilometer yang berakhir pagi Ahad dengan mencatat masa 6:17:43 dengan purata kelajuan 19.06 kilomter sejam.

Penunggang Terengganu, Mohammad Fuad Hashim, muncul naib johan dengan catatan masa 6:29:17 atau purata kelajuan 18.5 kilometer sejam manakala tempat ketiga dimenangi Zelma Lotter (7:02:30).

Mohammad Fuad menggondol hadiah wang tunai RM44,000 manakala Zelma membawa pulang wang tunai RM32,000.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berangkat ke majlis penyampaian hadiah di Terengganu International Equestrian Park, Lembah Bidong, berkenan menyampaikan hadiah kepada juara kejohanan tersebut.

Manakala Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, yang turut hadir pada majlis itu, menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua hingga kelima.

sumber: Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu

Wednesday, October 5, 2011

PROGRAM GPS IMAN TV3 - 8 OKTOBER 2011

boleh like di Facebook GPS Iman TV3
SEMUA DIJEMPUT HADIR UNTUK MENYERTAI PROGRAM ISLAMIK TERBARU TV3 GPS IMAN


PADA 8 OKTOBER 2011 (SABTU) PROGRAM BERMULA JAM 9.00 PAGI HINGGA 6.00 PETANG

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

- CERAMAH AGAMA, SUKANEKA, GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN PANTAI, SOLAT ZOHOR BERJEMAAH DAN JAMUAN RAKYAT.

BERSAMA ARTIS : ASHRAF MUSLIM

PROGRAM INI AKAN DISIARKAN DI TV3 PADA 9 OKTOBER 2011 (BOLEH MASUK TV3 :) LER....)
  

Saturday, October 1, 2011

Sultan Mizan Cup Terengganu Endurance Challenge 2011


Jumaat, 7 Oktober 2011 hingga Ahad, 9 Oktober 2011
Tempat: Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Setiu, Terengganu

Koordinat GPS: 5.501335, 102.991671
Acara Sepanjang Kejohanan Endurance Gerai Jualan, Acara Berkuda, Konsert Artis Tempatan : Bunkface, Faizal Tahir, Hujan Band dan ramai lagi...


  

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...