Sunday, November 7, 2010

IKLAN TAWARAN SEWA PERKEDAIAN BULUH PERINDU (MDS), BANDAR PERMAISURI, SETIU



PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
PERKEDAIAN BULUH PERINDU (MDS), BANDAR PERMAISURI, SETIU

Tawaran ini adalah dipelawa kepada orang ramai untuk menyewa :

Bahagian bawah: No.2, 4, dan 7 (Kadar Sewa : RM 650.00)

Bahagian atas: No.1,2,3,4,5,6,7 dan 11 (Kadar Sewa : RM 450.00)

Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Majlis Daerah Setiu, (Jabatan Perbendaharaan) dengan bayaran RM2.00

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada :

Yang Dipertua,

Majlis Daerah Setiu

Wisma MDS

22100 Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Tarikh tutup permohonan : 18 November 2010

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.



Tuesday, August 31, 2010

Majalah Solusi Isu 23


Salam,
Sempena Aidilfitri ini, dapatkan Majalah Solusi Isu 23
"Sejauh Mana Cinta Kita KepadaNya?"

dapatkan sekarang di pasaran /online
www.stormreaders.net/kedaibukumizi
"Sampaikan daripadaku walaupun Sepotong ayat"

Wednesday, August 18, 2010

1 Petang di Bazar Ramadhan @ Mini Stadium, Sg. Tarom

Satu petang di Bazar Ramadhan Sg. Tarom..




Ase Gupa... Pok Sid (anjang)/ Kak Yah

Murtabak Pok Li

-End-

Sunday, August 8, 2010

Majalah Solusi Isu 22


Assalamualaikum.. selamat sejahtera,

Sempena Bulan Ramadhan yang lagi berkat ini, kita perbanyakkan berdoa kepada Allah s.w.t kerana kita tahu dalam bulan Ramadan itu banyak kelebihan dan berkat serta kelebihan Malam Lailatul Qadar...

Isu ke 22 Majalah Solusi kali ini mengupas tentang Doa, Mustajab atau Terhijab.. di mana mengenai doa-doa seharian kita, kepentingan berdoa.... , tujuan kita berdoa, dan apakah doa kita mohon itu sudah dimakbulkan atau belum dimakbulkan... kenapa? semua ini terkandung dalam Solusi isu 22 khas sempena Ramadhan ini.

Dapatkannya di pasaran sekarang atau beli dan hantar terus secara online www.stormreaders.net/kedaibukumizi

Wednesday, August 4, 2010

Gotong Royong Anjuran MDS @ Lata Chakah 2

Rabu, 8.00 pg - 11.30 pg Waktu Malaysia

Seawal jam 8.30 pagi, satu program gotong royong telah dianjurkan oleh Majlis Daerah Setiu, bersama jabatan-jabatan daripada Pejabat Daerah Setiu, Jabatan Pengairan Dan Saliran dan juga penduduk Kg. Seladang dan sewaktu dengannya...

Yang paling best, mandi.... so lepas ni sesiapa yang berkunjung ke Lata Chakah 2 / Sawo.. sila buang sampah ke dalam tong sampah yang di sediakan, jangan jadi macam kulit durian bertaburan kat tepi sungai tu... kerjasama anda menjaga kebersihan kawasan ini memberi peluang kepada generasi seterusnya menikmati apa yang anda kecapi sekarang. :)

11.00 pg - Selepas berpenat peserta di hidangkan jamuan durian & gulai kawah... kambing ada.. lembu pun ada.




Wednesday, July 21, 2010

Keistimewaan Bulan Syaaban

BULAN SYAABAN


Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Tuesday, July 13, 2010

Buku & Majalah Menarik...



Salam, di sini saya ingin berkongsi bersama rakan-rakan... buku dan majalah terlaris di pasaran anda boleh miliki dengan beli secara online di http://www.StormReaders.net/kedaibukumizi atau hantarkan permohonan melalui email saya miziecool@gmail.com

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...