Tuesday, December 17, 2013

IKLAN SEBUTHARGA MDS PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (Tutup: 9/1/2014)

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA MDS PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI BANGUNAN-BANGUNAN MAJLIS DAERAH SETIU 


TARIKH TUTUP : 9 Januari 2014 ,
 Lawatan/Taklimat (Wajib) : 30 Disember 2013 


Sebutharga ini dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN di bawah kod bidang 220302, KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI dan PERSATUAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN MALAYSIA (PPKKM) serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut :-


Bil.
Butir-Butir Tawaran
Harga Dokumen Tawaran
Tempat Dan Tarikh Dokumen Di Jual
Syarat Pendaftaran
Tarikh Dan Tempat Taklimat /Lawatan Tapak
Tarikh Sebutharga Tutup

1.





Perkhidmatan kawalan Keselamatan (Tanpa Senjata Api) di Bangunan-bangunan Majlis Daerah Setiu,Terengganu
No. Sebutharga
MDS 02/2013/034

RM 50.00
senaskah



Kaunter Bersepadu
Majlis Daerah Setiu Terengganu Darul Iman

31.12.2013 hingga 08.01.2014
Pada waktu pejabat

Berdaftar Kementerian Kewangan

Memegang Perakuan Pendaftaran Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) dan Persatuan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) yang masih Sah

Kod Bidang : 220302

Lawatan tapak adalah diwajibkan

30.12. 2013
( Isnin)

Berkumpul di Bilik Q, Aras 2 Majlis Daerah Wisma MDS, Setiu Terengganu

Jam:10.00Pagi


9 Januari 2014
( Khamis)

Jam 12.00 tengahari





























Naskah meja tawaran boleh disemak di Ruang Legar, Majlis Daerah Setiu pada waktu pejabat bermula  18 Februari 2013 hingga 08 Januari 2014.  Bayaran Naskah Sebutharga hendaklah adalah Secara Tunai di Kaunter Bayaran Majlis Daerah Setiu,( bayaran ini tidak akan dikembalikan ).  Syarikat atau wakil hendaklah membawa Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat(Asal), serta sijil yang dinyatakan di atas dan satu salinan bagi setiap ketiga-tiga sijil  tersebut semasa taklimat dan semasa membeli Naskah Sebutharga.
Naskah Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri serta bertulis                     No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kejuruteraan.

Sunday, December 8, 2013

TAWARAN SEWA 4 UNIT BENGKEL IKS PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD) GUNTONG LUAR (tutup permohonan 18/12/2013)

PEMBERITAHUAN IKLAN TAWARAN SEWA
BENGKEL IKS PUSAT PERTUMBUHAN DESA (PPD) GUNTONG LUAR, SETIU

Kordinat GPS : 5.584364,102.705688
Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa 4 unit bengkel di Kg.Guntong Luar, Setiu bagi perniagaan bengkel kimpalan/ kenderaan/ pembuatan elektronik dan lain-lain yang berkaitan.

2.               Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan kepada :
                                                                Yang Dipertua,
                                                                Majlis Daerah Setiu,
                                                                Wisma MDS,
                                                                22100 Permaisuri, Setiu,
                                                                TERENGGANU.

3.               Kadar Sewa RM 280.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Lapan Puluh Sahaja) sebulan dan satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.


4.               Tarikh tutup permohonan pada 18 Disember  2013 (Rabu).

Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Tuesday, December 3, 2013

IKLAN TAWARAN SEWA INKUBATOR DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SUNGAI BARI, SETIU (TUTUP PERMOHONAN : 17/12/3013)

IKLAN TAWARAN SEWA INKUBATOR SUNGAI BARI 

(TUTUP PERMOHONAN: 17/12/2013)






GPS COORDINATE : 5.389102, 102.863122

Tawaran ini adalah dipelawa daripada orang ramai untuk menyewa 6 unit Inkubator di Kawasan Perindustrian Sungai Bari, Mukim Hulu Nerus, Setiu bagi perniagaan bengkel kimpalan/ kenderaan/ elektronik dan lain-lain yang berkaitan.

2.            Kepada sesiapa yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan tersebut melalui borang rasmi yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Setiu ( Jabatan Perbendaharaan ) dengan kadar bayaran RM 2.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Sahaja ). Borang yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan 

kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
Wisma MDS,
22100 Permaisuri, Setiu,
TERENGGANU.

3.            Kadar Sewa RM 350.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja) sebulan dan satu perjanjian penyewaan akan ditandatangani di antara Majlis Daerah Setiu dan penyewa yang berjaya nanti.

4.            Tarikh tutup permohonan pada 17 Disember  2013. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Monday, November 25, 2013

Rawatan Alternatif: Membuka Salur Darah Jantung Tersumbat

Petua yang boleh diamalkan jika terdapat tanda-tanda masalah jantung tersumbat.



Saya ingin berkongsi satu lagi cara rawatan alternatif untuk membuka atau meluaskan salur darah yang tersumbat di jantung. Oleh itu, sesiapa yang mempunyai masalah jantung tersumbat dan perlu menjalani angiografi atau bypass, bolehlah mencuba rawatan alternatif ini, semoga anda tidak perlu melalui pembedahan bypass tersebut.

Resepi ini diberikan oleh Vaid Sahab (doktor di Auyervedi) untuk dikongsi bersama.

Bahan diperlukan:

1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.


sumber: End Justice (FB)

Tuesday, November 5, 2013

Kisah Hijrah Tentang Sarang Labah-labah Dan Burung Merpati Palsu?



Rasulullah S.A.W telah mengaturkan strategi dan pelbagai ikhtiar dengan menggunakan jalan rahsia dan bersembunyi di Gua Thur, namun dapat dijejak oleh kaum kafir Quraish sampai ke Gua Thur kerana mereka mempunyai ilmu mengesan tapak kaki sehingga jejak tapak kaki terhenti di hadapan Gua Thur. Dengan keadaan Gua Thur yang kecil jika tunduk sahaja pun sudah nampak orang ada atau tiada di dalamnya, dengan ikhtiar apa lagi harus dibuat selain Tawakkal kepada Allah, begitulah cara Rasulullah yang patut kita ikuti setelah pelbagai usaha telah dilakukan barulah kita Bertawakkal kepada Allah.

Nabi Muhammad S.A.W Dilindungi Merpati Dan Labah-Labah Di Gua Thur?         

Oleh : Drs. Abdul Ghani Azmi Idris
Majalah Pengasuh Terbitan Majlis Agama Islam Kelantan. Bil. 558.

Rasulullah s.a.w. ke Madinah merupakan satu peristiwa yang paling agung dan bersejarah dalam Islam kerana ia merupakan titik tolak bagi kebangkitan dan perkembangan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Dari Madinah umat Islam yang dipinpim oleh Nabi s.a.w. mengumpulkan kekuatan untuk menghancurkan musuh-musuh dan penentang-penentangnya di dalam dan di luar semenanjung tanah Arab. Sehingga Islam pada zaman itu menjadi satu kedaulatan dan kekuatan yang tiada tolok bandingnya.
Peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w. dari Mekah ke Madinah itu diabadikan orang dalam sirah Rasulullah s.a.w. yang diperingati, dibaca, dipidatokan dan dihayatidari dahulu sampai sekarang. Akan tetapi kerana terpesona dengan peristiwa hijrah itu orang sampai terlupa kepada satu hakikat yang bukan hakikat, iaitulah satu KHURAFAT yang tersembunyi disebaliknya. Iaitulah perkara yang berlaku ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sewaktu bersembunyi di dalam gua Thur dan diburu oleh pemuda-pemuda Quraisy yang hendak membunuhnya. Para ahli sejarah selama ini mencatatkan bahawa semasa di dalam gua Thur itu Rasulullah s.a.w. dilindungi oleh BURUNG MERPATI dan LABAH-LABAH yang membuat sarang di pintu gua sehingga meyakinkan pemuda-pemuda Quraisy itu bahawa tiada sesiapa yang berada di dalam gua itu. Sehingga terselamatlah Rasulullah sa.w. dan sahabatnya Abu Bakar dari buruan pemuda-pemuda tersebut. Demikianlah apa yang tertulis dalam sejarah dan telah menjadi keyakinan umum di seluruh dunia Islam, sehinggalah sarang Labah-Labah itu dijadikan lambang bagi peristiwa Hijrah itu.


Sebenarnya kepercayaan tersebut tidaklah benar dan catatan sejarah itu menyimpang dari hakikat sebenarnya. Walaupun ada hadith-hadith yang menyokong kepercayaan itu tetapi hadith-hadith itu semuanya TIDAK SOHEH BELAKA.

Diantara hadith-hadith yang dijadikan hujah mengenai kejadian tersebut ialah :

1- Al-Hafidz Abu Bakar al-Qadhi meriwayatkan daripada al-Hasan, katanya :

Maksudnya : "(Nabi s.a.w.) dan Abu Bakar pergi ke gua (Thur) lalu beliau berdua masuk ke dalamnya. Maka datanglah Labah-Labah lalu membuat sarang di atas pintu gua. Orang-orang Quraisy yang datang mencari / memburu Nabi s.a.w. tetapi apabila mereka melihat pintu gua yang telah dibuat sarang oleh Labah-Labah, lalu mereka berkata : "Gua ini tidak di masuki oleh sesiapa." Adalah Nabi s.a.w. sedang bangun bersolat dan Abu Bakar berjaga-jaga. Maka berkatalah Abu Bakar r.a. kepada Nabi s.a.w. : "Saya menebus anda dengan bapa dan ibu saya ! kaum anda itu mengejar anda! Demi ALLAH saya menangis bukan kerana kuatirkan keselamatan diri saya tetapi kerana takut melihat sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas Rasulullah s.a.w." Maka Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah engkau berduka cita, sesungguhnya ALLAH bersama-sama kita."

*** Hadith ini Dhoief (Lemah). Di dalam sanadnya (Rangkai nama periwayat Hadith) terdapat Bassyar bin Musa. Ia seorang yang Dhoief. (Musnad Abu Bakar (Q91/1-2), Silsilah al-Ahadith as-Sohehah 3/1129/260, al-Mizan 1/1180/310-311.)

2. Ad-Dailami meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Abu Bakar r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "ALLAH telah memberikan ganjaran kepada Labah-Labah yang telah melindungi kami kerana ia telah membuat sarang ke atas aku dan ke atas engkau wahai Abu Bakar, di dalam gua sehingga orang-orang musyrikin tidak melihat kita dan tidak sampai kepada kita."

*** Hadith ini Mungkar kerana Abdullah bin Musa as-Salami yang terdapat di dalam sanadnya seorang yang Dhoief (Lemah) dan gurunya seorang yang Majhul (Tidak dikenali). (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/1189)

3. Ahmad Abdul Razaq dan at-Tobrani meriwayatkan daripada Ibn 'Abbas mengenai firman ALLAH :

Maksudnya : "Dan ingatlah tatkala orang-orang Kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya (membuat rancangan) untuk menangkap mu dan memenjarakan mu atau membunuh mu." Kata Ibn 'Abbas : "Pada suatu malam, Kafir Quraisy bermesyuarat di Mekah. Sebahagian mereka berkata : "Apabila datang waktu pagi kamu tangkap dan tambat Muhammad dengan tali. Kata sebahagian yang lain : "Bunuhlah dia !" Kata sebahagian yang lain lagi : "Usirlah dia !" Rancangan Quraisy ini diberitahu oleh ALLAH kepada Nabinya. Ali lalu tidur di tempat tidur Nabi s.a.w. pada malam itu. Sedangkan Nabi s.a.w. keluar menuju ke gua. Orang-orang Musyrikin bermalam menjaga Ali yang mereka sangka Nabi s,a,w. Apabila tiba waktu pagi mereka menyerbu kepadanya, apabila mereka melihat Ali, maka ALLAH menolak rancangan jahat mereka. mereka berkata :"Dimana sahabatmu ?" Ali menjawab : "Aku tidak tahu" lalu mereka menjejaki kesannya. Apabila mereka sampai ke bukit, mereka ditimpakan keraguan / kebingungan. Mereka naik ke bukit dan mereka melalui gu, (tampat Rasulullah s.a.w. bersembunyi) lalu mereka melihat sarang Labah-Labah di pintu gua, lalu mereka berkata : "Jika Muhammad masuk dalam gua ini masakan ada sarang Labah-Labah di pintunya. Maka Rasulullah s.a.w. tinggal 3 malam di dalam gua itu."

*** Hadith ini Dhoieg (Lemah). di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Uthman al-Juziri seorang yang lemah. (Ahmad dalam al-Musnad (3251), Abdul Razaq di dalam al-Musnaf (5/389) at-Tobrani di dalam al-Mu'jam al-Kabir (11/407/12155), Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/264-3261.)

4. Ibn Sa'ad al-Mukhlish, al-Bazzar, at-Tobrani, al-'Aqili, as-Syarif Abu Ali al-Hasyimi, Abu Nu'im, al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abu Mus'ab al-Makki katanya :

Maksudnya : "Pada malam di gua, ALLAH memerintahkan sebatang pokok, lalu dia keluar di depan muka Nabi s.a.w. melindunginya dan ALLAH ta'ala mengutuskan Labah-Labah membuat sarang diantara kedua-duanya (Nabi dan Abu Bakar) lalu melindungi muka Nabi s.a..w dan ALLAH memerintahkan dua ekor burung merpati liar, lalu keduanya datang terbang dan hinggap diantara Labah-Labah dan pokok tadi. Pemuda-pemuda Quraisy datang, tiap-tiap suku seorang lelaki bersama-sama dengan tongkat mereka yang kecil dan yang besar, sehingga apabila berada 50 hasta dari Nabi s.a.w. Maka penunjuk jalan mereka, iaitu Suraqah bin Malik berkata : "lihatlah batu ini, kemudian aku tidak mengetahui dimana Rasulullah s.a.w meletakkan kakinya." Lalu pemuda-pemuda itu berkata : "Engkau tidak memerhatikan kesannya semenjak semalam sehingga apabila pagi engkau berkata : "lihatlah dalam gua !! Kaum itu mendatangi sehingga apabila mereka berada pada jarak 50 hasta maka orang yang mula-mula melihat ke gua, tiba-tiba ia nampak burung merpati lalu iapun pulang. Mereka bertanya : "Apakah yang menolakmu untuk melihat ke dalam gua ?" pemuda itu menjawab : "Aku melihat 2 ekor Merpati liar di mulut gua. Maka tahulah aku bahawa tiada seorangpun di dalam gua itu."

Nabi mendengar percakapan itu dan tahulah beliau bahawa ALLAH telah melindungi beliau berdua dengan 2 ekor burung Merpati itu. Lalu beliau mendoakan keselamatan ke atas 2 ekor burung Merpati tersebut dan ALLAH telah memelihara/menjaga kedua-duanya di tanah Haram lalu kedua-duanya membebaskan semua burung yang engkau lihat."

*** Hadith ini Mungkar seperti yang dikatakan oleh as-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani. (Ibn Sa'ad 1/228/229, al-Mukhlish dalam al-Fawa-id al-Muntaqaat 17/13/1-2, al-Bazzar dalam Musnadnya 2/299/1741, at-Tobrani dalam al-Kabir 20/443/1082, al-'Aqili 346…… Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/1128)

Sesungguhnya tidak ada sebuah Hadithpun yang Soheh yang menguatkan Hadith-Hadith tersebut di atas. Malahan Hadith-Hadith tersebut berlawanan dengan hakikat sebenar yang dinyatakan oleh ALLAH di dalam al-Quran :

Firman ALAH s.w.t. :

Maksudnya : "Jikalau kamu tidak menolongnya (Muhammad), maka sesungguhnya ALLAH telah menolongnya. Iaitulah ketika orang-orang Kafir (Musyrikin Mekah) mengusirnya (dari Mekah) sedangkan dia salah seorang dari dua orang ketika kedua-duanya berada di dalam gua, diwaktu dia (Nabi s.a.w.) berkata kepada temannya : "Janganlah engkau berduka-cita, sesungguhnya ALLAH beserta kita." Maka ALLAH menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantu dengan tentera yang kamu tidak melihatnya." (Al-Quran al-Karim, surah at-Taubah ayat 40)

Ayat ini menunjukkan dengan jelas bahawa ALLAH memberikan pertolongan kepada Nabi dengan sakinah (ketenangan) dan dengan tentera-tentera yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, iaitulah para Malaikat, bukan dengan Labah-Labah membuat sarang, bukan dengan dua ekor burung Merpati dan sebagainya. Oleh kerana itulah al-Baghawi berkata di dalam tafsirnya :

Maksudnya : "Mereka ialah para Malaikat yang turun untuk memalingkan muka dan penglihatan orang Kafir dari melihat Nabi s.a.w."

Dalam sebahagian hadith ada yang memperkuatkan pengertian ini. Abu Naim mentakhrijkan daripada Asma' binti Abu Bakar as-Siddiq r.a., katanya :

Maksdunya : "Bahawasanya Abu Bakar melihat seorang lelaki menuju ke gua, lalu beliau berkata : "Ya Rasulullah ! dia sedang melihat kita." Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidak ! Sesungguhnya para Malaikat melindunginya sekarang ini dengan sayap-sayapnya." Tidak lama kemudian lelaki itu duduk kencing menghadap kepada mereka berdua. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai Abu Bakar ! Jika dia melihat, tentulah dia tidak melakukan perkara ini."

*** Hadith ini Sanadnya Hasan (Baik) (Silsilah al-Ahadith ad-Dhoiefah wa al-Maudhu'ah 3/261-264)

Dengan keterangan ini jelaslah kiranya kepercayaan bahawa Nabi s.a.w. dilindungi oleh Labah-Labah dengan sarangnya dan dua ekor burung Merpati yang bersarang di mulut gua Thur itu tidak benar. Oleh kerana itu ianya tidak lebih dari satu Khurafat belaka.

Wallahu a'lam bis Sowab.
sumber : Di Sini

Sunday, November 3, 2013

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN MUHARAM

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun" .




Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib, pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan". 


Pakej Import Dari China

Monday, October 21, 2013

WINDOWS XP Best Before 8 April 2014 - Bakal Expired Pada 8 April 2014



Tidak bermakna pengguna tidak boleh guna XP. Anda boleh terus menggunakan jika anda mahu, tetapi tidak digalakkan.

Akhir hayat bermakna Microsoft tidak akan memberikan ‘update windows’ ‘security update’ dan  apa-apa lagi kepada pengguna .
Katanya ramai “Die-Hard Fan’  XP sinis terhadap berita ini. Mereka berfikir Microsoft cuba untuk memaksa orang membeli komputer baru. Microsoft ni tahu nak buat duit saja, jadi dia tidak mahu orang ramai untuk menaik taraf.  
Kata Microsoft, ini bukanlah sesuatu yang istimewa untuk XP.
Microsoft telah melakukan perkara yang sama dengan Windows 95, 98 dan Me. Tarikh Akhir Hayat Vista adalah 11 April 2017 dan Windows 7 adalah pada 14 Jan, 2020. Malah, Microsoft telah melanjutkan akhir hayat  XP untuk beberapa kali dan  sepatutnya telah tamat pada tahun lalu.
Berikut adalah satu fakta yang menyeronokkan: XP pertama kali muncul pada akhir tahun 2001. Dan Berakhir 2010 di mana, komputer baharu  diinstall XP. Windows Vista, yang tiba 6 tahun selepas XP, hanya bertahan sehingga 2011. Ada juga yang PC didatangkan dengan Vista diberi pilihan ‘downgrade’ kepada XP kerana permintaan pengguna.
Jika anda berfikir tentang hal itu, XP akan berusia hampir 13 tahun. Seperti seorang remaja, ia menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan dunia baharu. Walaupun di upgrade dengan Service Pack 3, XP  tidak tersedia untuk zaman moden.
Ia hilang ciri-ciri keselamatan utama yang diperkenalkan dalam Windows Vista. Ia tidak boleh menyokong  ‘driver’ untuk peralatan/perkakasan terkini.
Ia menjadi semakin mengecewakan untuk pelanggan.Manakala mudah bagi syarikat-syarikat pihak ketiga seperti pengeluar  software & hardware hanya buang sokongan terhadap XP kerana  Ia memerlukan banyak masa dan wang untuk membuat program sokongan untuk  setiap versi Windows.
Ini juga memberi kesan kepada Internet. Pembangun laman web akan gembira kerana  versi Internet Explorer  dalam XP dari versi 6, 7 dan 8 sampailah  seterusnya. versi  yang begitu jauh di belakang pelayar yang lain. Walaupun google chrome, mozilla ada tapi sesetengah web hanya membenarkan Internet Explorer.
Ia akan menjadi satu perubahan yang serius untuk ramai orang. Dalam kebanyakan kes ia akan bermakna sebuah komputer baru, perisian dinaik taraf dan mungkin aksesori baru seperti pencetak dan pengimbas.

Dan ada satu masalah yang lebih besar.

Saya rasakan Hayat Windows 7 boleh bertahan lebih lama. Walaupun sekarang didatangkan dengan windows 8, ramai pengguna belum serasi dengan windows 8 kerana paparan terlalu jauh bezanya dengan versi sebelum windows 8.
Paparan antara muka  windows 8 yang bertujuan untuk tablet skrin sentuh dan tidak berfungsi dengan baik dengan keyboard &  mouse. Malah, mencari Desktop dan butang Start ibarat “permaianan mencari Harta Karun”.
XP Die Hard Fan – “boleh je guna XP takder mender bro.. ala stakat antivirus apa lah sangat, orang  kurang pandai IT  je klik file virus”
Cepat atau lambat, pengguna XP satu hari nanti akan menukar juga kepada sistem operasi terkini dari faktor perkakasan seperti printer, scanner, flash drive dan lain perkakasan tidak dapat berfungsi dengan XP.

p/s: TMnet support je biasa akan tanya anda guna Operating System XP,Vista, 7,8..  lepas ni kurang sikit skripnya... “Encik pakai 7 ke 8? “

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...