Wednesday, July 17, 2013

IKLAN SEBUTHARGA MEMBERSIH KAWASAN & MENGANGKUT SAMPAH MDS (TAKLIMAT :29/7/2013)

 Kenyataan Sebutharga (Tawaran Khas Untuk Bumiputera) 

- Muat Turun iklan ini format pdf untuk cetak, klik di sini


1.         Sebutharga adalah dipelawa daripada Kontraktor –kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang / Sub-kepala 221002 ( membersih kawasan ) dan 221003 ( mengangkut sampah ) dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman , keupayaan kewangan  dan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :



Bil
Sebutharga.No
Tajuk Kerja
1.
MDS/JPPP/S/A/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A

2.
MDS/JPPP/S/A1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon A1

3.
MDS/JPPP/S/B1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon B1

4.
MDS/JPPP/S/C/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C

5.
MDS/JPPP/S/C1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon C1

6.
MDS/JPPP/S/E1/13
Perkhidmatan Mengangkut Sampah, Membersih Longkang Dan Parit, Memotong Rumput, Membersih Jalan/Kawasan Dan Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Zon E1



2.         Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan mulai  22 Julai  2013 sehingga 5 Ogos 2013 pada waktu pejabat di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS.
              
3.         Dokumen tawaran boleh disemak dan dibeli secara tunai sahaja dengan harga RM50.00         ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja ) senaskah mulai 30 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013 di Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Pelesenan, Aras Bawah, Wisma MDS pada waktu biasa pejabat. Dokumen tawaran tidak akan dijual atau dikeluarkan  selepas tempoh yang tersebut di atas.
               

4.         Satu taklimat akan di adakan pada tarikh 29 Julai 2013, jam 10.00 pagi di Bilik Q, Aras II Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu. Kehadiran adalah diwajibkan bagi kontraktor yang ingin memasuki tawaran ini. Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor atau wakilnya yang sah yang menghadiri taklimat dengan mengemukakan Surat Pendaftaran Asal dengan Kementerian Kewangan di dalam bidang yang dinyatakan.

5.         Dokumen yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri. Nombor rujukan tawaran hendaklah dinyatakan di muka depan sampul surat tersebut dengan terang dan jelas serta dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Setiu, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu dan dimasukkan ke dalam peti tawaran yang disediakan di Jabatan Kejuruteraan , Aras I, Wisma MDS, 22100 Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu  pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari pada 6 Ogos 2013. Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau tidak lengkap akan ditolak.

6.         Bayaran dokumen tawaran tidak akan dikembalikan.

7.         Majlis Daerah Setiu tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.


Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu,
Wisma MDS,
22100 Bandar Permaisuri,
Setiu, Terengganu.


Tarikh : 21 Julai 2013

Wednesday, June 19, 2013

Cara Menukar Nama Processor : Elakkan Ditipu

sila klik pada imej di atas untuk lihat saiz besar

ini adalah tipu : takkan dapat rating besar, sedangkan menggunakan processor Intel Celeron tapi pakai Ram 4gb & boleh Guna OS Windows 7 Ultimate lagi

beginilah cara menukar nama processor

sila klik pada imej untuk lihat saiz besar

dalam notepad tu nama asal processor, bagi yang faham, jika tak faham belajar lagi  nanti kena tipu.. jadi kalau membeli pc/laptop periksa hardware info dalam BIOS, atau cara lain selain dari dalam OS Windows :)

Tuesday, June 4, 2013

PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2013/1434 HIJRAH DI KAWASAN DAERAH SETIU DIBUKA SEKARANG



PERMOHONAN BAZAR RAMADHAN 2013/1434 HIJRAH DI KAWASAN DAERAH SETIU DIBUKA SEKARANG 

BORANG PERMOHONAN BOLEH MUAT TURUN (DOWNLOAD) SECARA PERCUMA- SILA KLIK DISINI (format PDF )
atau dapatkan di Kaunter Pelesenan Majlis Daerah Setiu

Lokasi Tapak Bazar Ramadhan yang Disediakan Majlis Daerah Setiu adalah di :
  • Bandar Permaisuri (Sg. Tarom)
  • Kg.Penarik
  • Pekan Sri Langkap (Sg. Tong)
  • Pekan Chalok Kedai
  • Kg. Bintang
  • Kg. Guntung Luar
Kadar Harga :

i)  Bandar Permaisuri dan Sungai Tong RM135.00 untuk 1 lot
ii) Lain-lain lokasi RM 125.00 untuk 1 lot

SILA HANTAR BORANG PERMOHONAN INI KEPADA BAHAGIAN PELESENAN MDS SEBELUM /PADA TARIKH TUTUP: 20 JUN 2013

Syarat-syarat :

1.Borang ini hendaklah diisi dengan terang dan berhuruf besar dengan kosongkan mana-mana yang tidak berkenaan.

2. Kembalikan borang ini kepada Bahagian Pelesenan Majlis Daerah Setiu beserta satu salinan dokumen-dokumen berikut :-

a. Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pembantu
b. Surat perakuan pemeriksaan kesihatan yang masih sah (Sijil Suntikan) termasuk Pembantu.
c. Gambar berukuran Kad Pengenalan bagi pemohon dan pembantu (sila nyatakan nama dan nombor kad pengenalan pada bahagian belakang gambar)

3. Setiap pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan sahaja. Pihak Majlis Daerah Setiu akan menolak mana-mana permohonan kedua dan seterusnya  (jika ada) diatas penama yang sama.

4. Setiap pemohon hanya dibenarkan memilih satu (1) jenis jualan sahaja.

5. Bilangan maksima lot/petak jualan yang dibenarkan adalah sebanyak 2 lot/petak sahaja.

6. Pihak Majlis Daerah Setiu hanya menyediakan kemudahan kanopi sahaja. Meja jualan dan kerusi hendaklah disediakan oleh peniaga sendiri. Ukuran bagi setiap lot/petak jualan adalah 10 kaki X 3 kaki sahaja.

7. Pemohon hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA dan BERAGAMA ISLAM.


Sunday, May 19, 2013

IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP : 6 JUN 2013)



ORANG AWAM DIPELAWA MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS DAERAH SETIU, TERENGGANU BAGI JAWATAN BERIKUT :

JURUTEKNIK (AWAM) - GRED J17 (TETAP)
JURUTEKNIK (ELEKTRIK) - GRED J17 (TETAP)
PEMBANTU PENGUATKUASA - GRED N17 (TETAP)
PEMANDU KENDERAAN - GRED R3 (TETAP)
maklumat lanjut rujuk 4 imej dibawah




Saturday, May 18, 2013

KENYATAAN SEBUTHARGA MDS, MEMBINA BANGUNAN SEMAIAN & SETOR (TAKLIMAT / LAWAT TAPAK: 27/05/2013)





IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU


Sebutharga ini dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor Bumiputera dari Daerah Setiu yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia [ LPIPM (CIDB) ] dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut :-


Butir-Butir Tawaran
Harga Dokumen Tawaran
Tempat Dan Tarikh Dokumen Di Jual
Syarat Pendaftaran
Tarikh Dan Tempat Taklimat /Lawatan Tapak
Tarikh Sebutharga Tutup

Membina dan Menyiapkan Bangunan Semaian dan Stor Serta Kerja-kerja Yang Berkaitan di Tapak Semaian MDS Kg Air Sejuk, Bandar Permaisuri Setiu, Terengganu.

No. Sebutharga
MDS 02/2013/014

RM 15.00
senaskah



Kaunter Bersepadu Majlis Daerah Setiu Terengganu Darul Iman

27.05.2013 hingga 03.06.2013
Pada waktu pejabat

Berdaftar dengan CIDB

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera yang masih Sah

Gred G1
Kategori B
Pengkhususan B04


Taklimat adalah diwajibkan

27.05 2013
( Isnin )

Berkumpul di Bilik Q, Aras II Majlis Daerah Setiu,  Setiu, Terengganu

Jam:10.30Pagi


04 Jun 2013
( Selasa)

Jam 12.00 tengahari
Naskah meja tawaran boleh disemak di Bahagian Kejuruteraan, Majlis Daerah Setiu pada waktu pejabat bermula  19 Mei 2013 hingga 03 Jun 2013.  Bayaran Naskah Sebutharga hendaklah adalah Secara Tunai di Kaunter Bayaran Majlis Daerah Setiu,( bayaran ini tidak akan dikembalikan ).  Kontraktor hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal CIDB, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan serta Sijil Taraf Bumiputera dan satu salinan bagi setiap ketiga-tiga Sijil tersebut semasa taklimat dan semasa membeli Naskah Sebutharga. Naskah Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermetri serta bertulis No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Jabatan Kejuruteraan.

Tuesday, April 16, 2013

IKLAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU APRIL 2013

IKLAN SEBUTHARGA MAJLIS DAERAH SETIU APRIL 2013
IKLAN SEBUTHARGA MDS
Cadangan Penyelenggaraan Tandas Awam Serta Kerja-kerja yang Berkaitan di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
No. Sebutharga MDS 02/2013/010
Tarikh Taklimat/Lawat Tapak : 21.04.2013( Ahad)
IKLAN SEBUTHARGA MDS
Cadangan Pembaikian Jambantan Gantung Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu
No. Sebutharga MDS 02/2013/011
TarikhTaklimat/ Lawat Tapak : 21.04.2013 ( Ahad)
IKLAN SEBUTHARGA MDS
Cadangan Membina Bengkel IKS Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan di Pusat Pertumbuhan Desa (PPD) Guntong Luar, Setiu, Terengganu
No. Sebutharga MDS 02/2013/012
Tarikh Taklimat/ Lawat Tapak 22.04.2013( Isnin )
KLIK PADA LINK DIBAWAH UNTUK MUAT TURUN IKLAN FORMAT PDF DI SINI :
IKLAN 1 : TANDAS AWAM
IKLAN 2 : JAMBATAN GANTUNG 
IKLAN 3 : BENGKEL IKS 

Wednesday, March 27, 2013

KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA 4-6 APRIL 2013

KARNIVAL ASTRO FIESTA MESRA BELIA 1 MALAYSIA
AKAN DIADAKAN PADA 4 HINGGA 6 APRIL 2013


AKTIVITI/ACARA:

- PAMERAN JABATAN, JUALAN
- SUKANEKA, SUKAN RAKYAT - BOLA JARING, BOLASEPAK PANTAI
- PERTANDINGAN MASAKAN, GUBAHAN, BAYI SIHAT, MEWARNA KANAK-KANAK
- PERTANDINGAN KARAOKE, BATTLE OF THE BAND
- SENAMROBIK, LARIAN 1 MALAYSIA
- QASIDAH, SELAWAT, FORUM PERDANA
- KONSERT ARTIS TEMPATAN / ASTRO

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI











KLIK PADA IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

JAWATAN KOSONG PENOLONG JURUTERA DI MAJLIS DAERAH SETIU (TUTUP:5/07/2016)

  KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD IKLAN INI DALAM FORMAT PDF IKLAN JAWATAN KOSONG Permohonan adalah dipelawa daripada Wargane...